Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
73 KALI KHATAM WARGA EMAS, TANDA KASIH KEPADA RAJA

‚Äč08.02.19-KhatamsempenaHariKeputeraan.4.jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Haniza Abdul Latif - Penerangan

Foto: Pg Suhaimi bin Pg Hj Othman - KKBS

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 8 Februari 2019 - Majlis Pelancaran 73 Kali Khatam Al-Quran Warga Emas seluruh Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-73, Tahun 2019, berlangsung di Masjid Sufri Bolkiah, Perpindahan Berakas, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan disusuli dengan doa memulakan membaca Al-Quran yang dipimpin oleh Imam masjid berkenaan, Awang Morni bin Haji Nayan.

Kemudian majlis diikuti dengan membaca lima halaman Juz Pertama beramai-ramai dan diteruskan dengan membaca Doa Penutup membaca Al-Quran.

Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dan Doa Peliharakan Sultan dibacakan oleh Iman masjid tersebut.

Pada tahun ini, lebih 300 warga emas yang yang terbahagi kepada 21 halaqah perempuan dan enam halaqah lelaki menyertai pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

08.02.19-73KaliKhatam.5.JPG

08.02.19-KhatamHariKeputeraanKDYMM.jpg

Terdahulu, Pengerusi Majlis, Awang Haji Abdul Hakim bin Haji Mohd. Yassin dalam ucapan alu-aluannya antara lain menjelaskan tujuan rancangan tersebut diadakan adalah bagi warga emas menyahut titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk rajin membaca Al-Quran.

Tambahnya, atas inisiatif beberapa orang warga emas, terbentuklah kumpulan yang mengusahakan rancangan Warga Emas 73 Kali Khatam Al-Quran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda Ke-73, 2019.

Menurutnya lagi, tujuan utama rancangan berkenaan, selain menyahut seruan baginda, ialah sebagai tanda rasa kasih rakyat yang sudah lanjut usia kepada raja yang dikasihi dengan meniatkan pahala bacaannya terutama untuk baginda.

08.02.19-KhatamSempenaHariKeputeraanKDYMM.2.jpg

08.02.19-Khatam73 sempena Hari Keputeraan KDYMM.jpg

Attachments
Created at 2/9/2019 8:45 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 2/9/2019 2:50 PM by Lee Chin Foo