Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI JUARA FUTSAL HPA

‚Äč10.02.19-Kejohanan Futsal.1.JPG

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad - Penerangan

Foto: Pg Suhaimi bin Pg Hj Othman - KKBS

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 10 Februari 2019 - Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi masing-masing muncul johan bagi Kategori Terbuka dan Kategori Veteran di Kejohanan Futsal Hari Perkhidmatan Awam (HPA) Ke-25, 2018.

Kejohanan berlangsung di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

10.02.19-KejohananFutsal.5.JPG

Naib johan bagi Kategori Terbuka dimenangi oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), sementara tempat ketiga bersama diberikan kepada Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Kementerian Pertahanan.

100219-KejohananFutsal.8.JPG

100219-KejohananFutsal.9.JPG

Bagi Kategori Veteran, naib johan juga milik KHEU dan tempat ketiga bersama diraih oleh Kementerian Pembangunan dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

100219-KejohananFutsal.10.JPG

100219-KejohananFutsal.11.JPG

Hadir bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud; Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri  Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan Setiausaha Tetap KHEU, Dato Seri Setia Awang Haji Abd Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof  mewakili Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.

100219-KejohanaFutsal.6.JPG

100219-KejohananFutsal.7.JPG

Kejohanan Futsal Hari Perkhidmatan Awam (HPA) Ke-25, 2018 merupakan salah satu acara sempena Sambutan HPA Ke-25 yang bermula pada 3, 8 dan 10 Februari 2019.

Kejohanan tersebut anjuran bersama Jabatan Pentadbiran KHEU; Jabatan Daerah Brunei dan Muara (JDBM) dan Jabatan Belia dan Sukan serta Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Brunei Darussalam (NFABD) sepertimana tahun-tahun sebelumnya.

Kejohanan telah dibukakan kepada 13 kementerian di Negara Brunei Darussalam dan sebanyak dua kategori dipertandingkan iaitu 12 pasukan bagi Kategori Terbuka dan sembilan pasukan bagi Kategori Veteran.

 10.02.19-KejohahanFutsal.3.JPG

Attachments
Created at 2/11/2019 10:42 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 2/11/2019 10:42 AM by Lee Chin Foo