Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
KEJOHANAN GOLF PROFESIONAL SEDIA HADIAH LUMAYAN

‚Äč110319-Kejohanan GOLF (1).jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Saerah Haji Abdul Ghani - Penerangan

Foto: Hajah Ajijah Ali - KKBS

JERUDONG, Isnin, 11 Mac 2019 - Kejohanan Golf Profesional Asian Development Tour (ADT) 2019 dihasrat akan dapat mempromosikan Brunei sebagai destinasi golf premium di rantau ini.

Kejohanan tersebut akan diadakan selama empat hari bermula 24 hingga 27 April 2019.

Sehubungan itu, satu Majlis Penandatanganan Perjanjian bersama penaja-penaja berlangsung di The Empire Hotel & Country Club, di sini.

Para penaja terdiri dari Mar'azmala Petrol Station & Trading; Royal Brunei Airlines; DST; Cityneon Displays & Construction; Royal Brunei Catering; Jati Transport; GHK Motors dan Hui Huang Enterprise (You.C1000 Minuman Isotonik).

Hadir pada majlis tersebut dan menyaksikan majlis penandatanganan ialah Pemangku Pengarah Belia dan Sukan, Awang Haji Zafri bin Haji Mohamed selaku wakil peribadi Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil.

110319-Kejohanan GOLF (2).jpg

Menandatangani bagi pihak penganjur ialah Pengerusi Ahli Jawatankuasa Penganjur ADT, Awang Haji Junaidi bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Abdul Rahman manakala para penaja diwakili oleh wakil masing-masing.

Kejohanan disokong oleh KKBS dan beberapa agensi-agensi kerajaan lain termasuk Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Kesihatan serta sektor swasta dengan menawarkan hadiah wang berjumlah USD75,000.

Kejohanan yang dikendalikan SPS Innovative Enterprise tersebut juga menawarkan hadiah menarik bagi pemenang hole-in-one yang ditaja oleh Jati Transport dan GHK Motors.

110319-Kejohanan GOLF (4).jpg

110319-Kejohanan GOLF (8).jpg

Sementara itu, Brunei Cement Butra Heidelberg Cement Sendirian Berhad adalah sebagai 'Title Sponsor' kejohanan tersebut. 

Objektif utama kejohanan juga untuk memberi galakan kepada para belia di negara ini untuk menyertai sukan berkenaan.

110319-Kejohanan GOLF (7).jpg

Attachments
Created at 3/12/2019 11:33 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 3/12/2019 11:33 AM by Lee Chin Foo