Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PRESIDEN REPUBLIK KOREA DAN ISTERI LAWAT MUZIUM ALAT KEBESARAN DIRAJA

‚Äč110319-lawatan korea.1.jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad - Penerangan

Foto: Mohd. Sahrizal Haji Said - Penerangan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 11 Mac 2019 - Jabatan Muzium-Muzium menerima lawatan daripada Presiden Republik Korea, Tuan Yang Terutama Moon Jae-In dan isteri, Puan Yang Terutama Kim Jung-sook bersama rombongan, di sini.

Ketibaan Tuan Yang Terutama dan isteri di Muzium Alat Kebesaran Diraja dialu-alukan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan isteri, Datin Nurhayana Janis binti Abdullah.

Turut hadir, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong selaku Menteri Pengiring dan Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Paduka Dr. Dayang Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil.

110319-lawatan korea.2.jpg

Sejurus ketibaan, Tuan Yang Terutama dan isteri dibawa melawat ke ruang pameran Istiadat Perpuspaan 1968 (Coronation 1968) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Galeri Pameran Diraja.

Antara yang menjadi perhatian TYT dan isteri ialah 'Usongan Diraja' yang digunakan semasa Istiadat Perpuspaan pada 5 Oktober 1968 mengelilingi Bandar Brunei, diiringi dengan alat-alat kebesaran diraja, antaranya Tarian Kerajaan, Lembing dan Taming, Tombak Benderangan dan Payung Warna.

Seterusnya, TYT dan isteri melawat Galeri Pameran Diraja, yang mempamerkan kehidupan baginda sebelum menjadi Putera Mahkota dan setelah ditabalkan menjadi Sultan Brunei Ke-29.

110319-lawatan korea.6jpg.jpg

Lawatan TYT dan isteri berakhir dengan menandatangani lembaran kenangan dan penyampaian cenderamata daripada Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan.

Muzium Alat Kebesaran Diraja dibukakan untuk kunjungan orang ramai sejak 30 September 1992 dan mempunyai empat galeri utama, iaitu Galeri Perpuspaan 1968, Galeri Pameran Diraja, Galeri Pameran Jubli Perak 1992 dan Galeri Jubli Emas, khusus mempamerkan perkembangan Negara Brunei Darussalam sepanjang 50 Tahun pemerintahan baginda.

Muzium Alat Kebesaran Diraja memenangi Anugerah Best Attraction Award daripada Asia Travel and Tourism dan TripAdvisor Certificate of Excellence 2012.

Sepanjang tahun 2018, muzium tersebut mencatat seramai 149,720 pelawat dari dalam dan luar negara.

110319-lawatan korea.4.jpg


Attachments
Created at 3/13/2019 9:43 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 3/13/2019 1:43 PM by Lee Chin Foo