Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
MANTAPKAN ILMU AQIDAH DAN SYARIAH

‚Äč110419-IsraMikraj (2).jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Khartini Hamir - Penerangan

Foto: Hajah Ajijah Ali - KKBS


BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 11 April 2019 - Bagi sama-sama menyemarakkan lagi acara kebesaran Islam dalam menghayati perjalanan Rasulullah yang berlaku dalam satu malam yang penuh sejarah, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan jabatan-jabatan di bawahnya petang tadi mengadakan Majlis Sambutan Israk dan Mikraj.

Majlis yang diselenggarakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka itu berlangsung di Dewan Digadong, Bangunan KKBS, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Atur cara dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran daripada qariah Universiti Brunei Darussalam, Dayangku Siti Ummi Syazanna binti Pengiran Haji Marjuki.

110419-IsraMikraj (4).jpg

Majlis turut diserikan dengan forum khas bertajuk 'Kemantapan Aqidah dan Syariah Satu Kenikmatan Dalam Sembahyang' yang disampaikan oleh dua panel jemputan iaitu Awang Haji Md. Syahiran bin Haji Md. Sofian dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan dan Pendakwah Bebas, Dayangku Norizzati binti Pengiran Haji Kasharan.


110419-IsraMikraj (5).jpg

110419-IsraMikraj (3).jpg

Forum yang dipengerusikan oleh Awang Ali Shahbana bin Haji Mohsin itu antara lain mengetengahkan tentang bagaimana untuk mencapai kenikmatan dalam solat yang mana antaranya hendaklah dengan mempunyai kemantapan ilmu akidah dan ilmu syariah.

Perkara solat juga merupakan suatu perkara yang perlu dilaksanakan dengan saling beringat-ingat dan berpesan-pesan antara satu sama lain, kerana solat merupakan satu perkara yang bukan mudah untuk dilaksanakan dengan khusyuk jika seseorang itu tidak atau kurang memiliki ilmu akidah dan syariah.

Juga hadir sama, Setiausaha Tetap KKBS dan Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap KKBS; Ketua-ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan; pegawai serta kakitangan KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Attachments
Created at 4/13/2019 10:14 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 4/13/2019 10:32 AM by Lee Chin Foo