Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
KERAJAAN BANTU MANGSA KEBAKARAN

‚Äč130419-Penyerahan Derma (2).jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Jabatan Pembangunan Masyarakat

Foto: Hajah Ajijah Ali - KKBS

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 13 April 2019 Kerajaan di negara ini sememangnya sentiasa mempedulikan dan mengambil berat nasib para mangsa yang tertimpa musibah.

Salah satu usaha yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan adalah dengan menghulurkan bantuan kepada salah sebuah keluarga mangsa kebakaran di Kampung Bebuloh bulan lalu.

Untuk membantu meringankan kesusahan yang dialami oleh mangsa terjejas, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) menghulurkan pemberian bantuan kerajaan, disampaikan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Majlis pemberian bantuan berlangsung di Bangunan KKBS, di sini.

Juga hadir, Setiausaha Tetap KKBS, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil; Timbalan Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan) KKBS, Dayang Saidah binti Haji Wahid / Burut; Pemangku Pengarah JAPEM, Dayang Rostinah binti Pehin Orang Kaya Seri Sura Pahlawan Dato Paduka Haji Mohd. Tahir; juga pegawai-pegawai kanan daripada KKBS dan JAPEM.

Kejadian kebakaran di Kampung Bebuloh pada Khamis, 22 Mac 2019, jam 8.00 malam meranapkan keseluruhan rumah banglo milik seorang balu warga emas, Dayang Damit binti Haji Bustan, yang didiami oleh sembilan orang penghuni.


Attachments
Created at 4/14/2019 10:27 PM by Lee Chin Foo
Last modified at 4/14/2019 10:28 PM by Lee Chin Foo