Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
12 ANAK YATIM TERIMA SUMBANGAN

‚Äč120519-Masjid Kapok (1).JPG

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Haniza Abdul Latif - Penerangan

Foto: Pg Suhaimi bin Pg Hj Othman - KKBS

 

KAMPUNG KAPOK, Ahad, 12 Mei 2019 - Dalam mempertingkatkan amalan di bulan suci Ramadan, Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampung Kapok dan Takmir Masjid Kampung Kapok menyampaikan sumbangan derma kepada seramai 12 anak yatim dari kampung tersebut.

Penyampaian sumbangan derma semasa Majlis Bertahlil dan Doa Arwah Sekampung dan Penyampaian Derma bagi Anak-anak Yatim disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Majlis yang berlangsung di Masjid Kampung Kapok, di sini, dimulakan dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah dipimpin oleh Ketua Imam Masjid Kampung Kapok, Awang Haji Shahbirin bin Haji Mohd. Noor.

120519-Masjid Kapok (12).JPG

120519-Masjid Kapok-1.3.JPG

120519-Masjid Kapok-1.6.JPG

Majlis juga diteruskan dengan acara berbuka puasa dan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah.

Juga hadir, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman juga selaku Ketua Kampung Serasa.

Sumbangan derma tersebut antara lain bertujuan untuk memenuhi keperluan perbelanjaan harian anak-anak yatim terutama di bulan Ramadan, di samping sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri juga bagi keperluan perbelanjaan persekolahan.

120519-Masjid Kapok-1.4.JPG

Attachments
Created at 5/13/2019 9:22 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 5/13/2019 2:10 PM by Lee Chin Foo