Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
GALAKKAN PENGLIBATAN BELIA DENGAN PEMBACAAN AL-QURAN

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Noraisah Haji Muhammed, Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin, Hernie Suliana Haji Othman

Foto: Hajah Ajijah Ali, Hj Mohd Syazwan bin Hj Abd Jalil, Ak Zainorisnan Pg Othman - KKBS

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 13 Mei. - Dalam usaha menyemarakkan bulan Ramadan yang mulia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dengan kerjasama pelbagai pihak berkepentingan, khususnya jaringan-jaringan kebeliaan dan kemasyarakatan menganjurkan Program Kembara Amal Ramadan secara serentak di tiga daerah, iaitu Daerah Temburong, Daerah Belait dan Daerah Tutong bagi Tahun 1440H / 2019M.

Salah satu aktiviti yang diadakan semasa Program Kembara Amal Ramadan ini ialah aktiviti Tadarus Al-Quran di masjid-masjid terpilih.

Bagi Daerah Temburong, hadir selaku tetamu kehormat pada program yang diadakan di Masjid Rancangan Perumahan Negara Kampung Rataie, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

130519-tadarusTemburong.4.jpg

Juga hadir, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, selaku Penghulu Mukim Bokok, dan Timbalan Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan) KKBS, Dayang Saidah binti Haji Wahid @ Burut.

130519-tadarusTemburong.2.jpg

Pada majlis tersebut, Yang Berhormat Menteri mengepalai bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai, disusuli dengan Majlis Khatam Al-Quran dan bacaan Takhtim Al-Quran, diikuti dengan bacaan Doa Takhtim dan Dikir Marhaban, manakala Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dibacakan oleh Imam, Awang Haji Said Ahmad bin Haji Ali Amat.

130519-tadarusTemburong.1.jpg

Majlis diakhiri dengan penyampaian wakaf berupa perkakas keperluan untuk masjid disampaikan oleh tetamu kehormat dan diakhiri dengan Sembahyang Fardu Zuhur Berjemaah.

Program disertai oleh persatuan-persatuan Belia Daerah Temburong, para penuntut Sekolah Menengah Sultan Hassan; ahli-ahli takmir masjid; belia-belia masjid; Muslimah-muslimah masjid; Badan Kebajikan Guru-guru Agama; agensi-agensi kerajaan; dan swasta; juga belia-belia perseorangan.

Bagi Daerah Tutong, hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang diadakan di Masjid Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, Kampung Sungai Kelugos itu ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esung.

130519-tadarus.Tutong.1.JPG

 130519-TadarusTutong.2.JPG

Majlis dimulakan dengan Tadarus Al-Quran beramai-ramai dan diakhiri dengan penyampaian wakaf sejadah, disempurnakan oleh tetamu kehormat sebelum menunaikan Sembahyang Fardu Zuhur Berjemaah.

Juga hadir, Setiausaha Tetap KKBS (Pengurusan Strategi dan Dasar), Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil; Timbalan Setiausaha Tetap KKBS (Kebeliaan dan Kesukanan), Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said; Pemangku Pegawai Daerah Tutong; dan Pegawai-Pegawai Kanan KKBS.

130519-Tadarus Tutong (4).JPG

Majlis juga dihadiri oleh belia-belia daripada Persatuan-persatuan Belia Daerah Tutong; sukarelawan-sukarelawan belia; belia-belia masjid; penuntut-penuntut sekolah menengah; agensi-agensi kerajaan dan swasta; juga belia-belia perseorangan.

Sementara itu, bagi Daerah Belait program diadakan di Masjid Mohammad Jamalul Alam dan hadir selaku tetamu kehormat, Ahli MMN, Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd. Siput.

Juga hadir, Setiausaha Tetap KKBS, (Pentadbiran, Kewangan dan Estet), Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud juga Pegawai-pegawai Kanan KKBS.

130519-Belait (1).jpg

Belia-belia mewakili Persatuan-persatuan Belia dan Badan Kebajikan Daerah Belait; Ahli-ahli Takmir Masjid dan Kumpulan Belia Masjid; penuntut-penuntut sekolah menengah; Agensi-Agensi Kerajaan dan Swasta; dan belia-belia perseorangan juga menghadiri majlis tersebut.

 130519-Belait (5).jpg

Program dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai, dikepalai oleh tetamu kehormat, diikuti dengan Majlis Khatam Al-Quran dan bacaan Takhtim Al-Quran dan disusuli dengan bacaan Doa Takhtim juga Dikir Marhaban dan merenjis minyak wangi oleh tetamu kehormat.

Majlis diteruskan dengan bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam, diakhiri dengan Sembahyang Fardu Zuhur Berjemaah.

Dalam temu bual Pelita Brunei bersama pentasmik semasa program diadakan, Guru Ugama Terlatih, Awang Haji Abd. Afiq bin Zainuddin berkata, penglibatan belia-belia dalam program yang dianjurkan oleh KKBS itu adalah sangat membanggakan.

130519-Belait (7).jpg

Jelasnya lagi, pembacaan Al-Quran bukan hanya setakat dibaca pada bulan Ramadan sahaja, malah kitab suci itu hendaklah dibaca sepanjang hayat.

Menyentuh mengenai peranan dalam memperkasa pembacaan Al-Quran, Awang Haji Abd. Afiq berkata, pemantauan adalah bermula dari rumah kerana itu adalah peranan dan tanggungjawab ibu bapa dalam memastikan anak-anak mereka mendapat pembelajaran Al-Quran sedari kecil.

 

Antara lain program diungkayahkan adalah untuk menggalakkan penglibatan belia dalam aktiviti keagamaan juga untuk menyemarakkan bulan Ramadan dengan pengisian-pengisian yang bermanfaat, terutama dengan pembacaan Al-Quran.

 

Penganjuran program seumpama itu dihasratkan akan dapat meningkatkan lagi penglibatan belia dalam aktiviti keagamaan yang sudah setentunya berupaya menjadi benteng buat generasi belia dalam menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang.


Attachments
Created at 5/14/2019 1:49 PM by Lee Chin Foo
Last modified at 5/14/2019 1:51 PM by Lee Chin Foo