Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
LEBIH 100 ANAK YATIM, OKU TERIMA SUMBANGAN

‚Äč020619-SungkaiStadium-SUT.1.jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Haniza Abdul Latif - Penerangan

Foto: Azmah Haji Ahad - Penerangan

 

BERAKAS, Ahad, 2 Jun 2019 - Lebih 100 anak yatim dan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang berdaftar di bawah Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Tabung Anak Yatim, Daerah Brunei dan Muara (DBM) menerima sumbangan derma daripada pihak-pihak swasta dan persendirian.

Penyampaian Derma Anak-anak Yatim dan OKU di Harini Catering Service Sendirian Berhad, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, di sini, disempurnakan oleh Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet), Pengiran Mohd. Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud.

Pada majlis tersebut, sumbangan derma berjumlah BND8,300 bagi Tabung Anak Yatim Kebangsaan diterima oleh Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, Awang Abd. Rahman bin Haji Apong.

Manakala, Tabung Anak-anak Yatim DBM menerima sumbangan derma berjumlah BND8,400 yang diterima oleh Pegawai DBM, Awang Misle bin Haji Abdul Karim.

020619-SungkaiStadium-SUT.2.jpg

Majlis kelolaan Harini Catering Service Sendirian Berhad, antara lain bertujuan untuk membantu perbelanjaan anak-anak yatim dan OKU sebagai persediaan mereka menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi.

020619-SungkaiStadium-SUT.3.jpg

Attachments
Created at 6/3/2019 10:35 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 6/3/2019 11:22 AM by Lee Chin Foo