Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
JAPEM, YMRM GEMBIRAKAN WARGA PUSAT BAHAGIA

‚Äč030619-PusatBahagia-1.3.jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman - Penerangan

Foto: Hamzah Mohidin - Penerangan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 3 Jun 2019 - Di atas dasar pemedulian terhadap kebajikan dan kesejahteraan Orang Kelainan Upaya (OKU), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dengan tajaan dari Syarikat YMRM Textiles telah menganjurkan majlis bersungkai bersama murid dan pelatih Pusat Bahagia Daerah Brunei Muara yang diadakan di Dewan Imtiyaz, Pusat Bahagia Brunei Muara.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pengerusi Syarikat YMRM Textiles, Awang Ramesh Jiwatram Bhawani.

Turut hadir, Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, Awang Abd. Rahman bin Haji Apong, serta Jemputan-jemputan Khas YMRM; Pegawai-pegawai Kanan dari JAPEM serta murid dan pelatih Pusat Bahagia.

Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil beramai-ramai yang diketuai oleh Awang Khairul Anuar bin Haji Abdul Ghaffar, Pelatih Latihan Industri Pusat Bahagia, diakhiri dengan bacaan Doa Tahlil dan Doa Selamat.

Seramai 140 orang murid dan pelatih Pusat Bahagia Brunei Muara menerima sampul Hari Raya Aidilfitri dan hadiah berupa 'goodie bags' hasil sumbangan ikhlas daripada Syarikat YMRM Textiles.

Sumbangan tersebut masing-masing disampaikan oleh Awang Ramesh Jiwatram Bhawani dan juga Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat.

Acara tersebut merupakan majlis tahunan KKBS bersama Syarikat YMRM Textiles sejak tahun 2016 yang bertujuan untuk mengeratkan silaturahim di antara murid dan pelatih bersama pegawai dan tenaga kerja Pusat Bahagia dengan beberapa rakan strategik.

Majlis seumpamanya dihasratkan akan dapat diteruskan pada masa akan datang kerana ia memberikan keceriaan dan kegembiraan kepada murid-murid dan para pelatih OKU dalam sama-sama menyambut bulan Ramadan yang penuh berkah.

Di samping itu, ia bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan golongan OKU untuk berhadapan dengan masyarakat bahkan juga dapat meningkatkan keterlibatan mereka di dalam masyarakat.

Oleh itu, para dermawan dan sukarelawan di Brunei Darussalam adalah digalakkan untuk memeduli kebajikan golongan OKU secara aktif menerusi apa jua aktiviti atau sumbangan yang berkaitan.

030619-PusatBahagia-1.2.jpg

Attachments
Created at 6/4/2019 12:11 PM by Lee Chin Foo
Last modified at 6/4/2019 12:13 PM by Lee Chin Foo