Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
MAJLIS PELANCARAN BUKU JUNJUNG KASIH

‚Äč

Buku JUnjung Kasih_1.jpgSumber:

Berita: Salawati Haji Yahya - Media Permata

Foto: Hajah Ajijah Haji Ali - KKBS

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 8 Ogos 2019 - Buku Junjung Kasih yang mengumpulkan artikel dan penulisan puisi yang diterbitkan sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menaiki takhta telah dilancarkan hari ini.

Pelancaran buku berkenaan pada majlis yang berlangsung di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) telah disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.  

Hasil dan sumbangan karya berkenaan merupakan curahan rasa kesyukuran dan junjung kasih tulus ikhlas yang disembahkan oleh sebilangan penuntut yang telah menerima biasiswa kerajaan bagi mengikuti pengajian di Republik Singapura.  Dalam buku berkenaan, beberapa buah artikel dan puisi ditulis oleh 16 orang pelajar yang pernah menuntut di beberapa buah institusi pendidikan di Singapura dari 1950 hingga awal 1980.

Dengan adanya buku berkenaan, ia juga akan dapat dimanfaatkan dan sebagai motivasi kepada generasi muda yang masih menuntut di bangku sekolah atau institusi pengajian tinggi.  

Buku JUnjung Kasih_2.jpg

Majlis pelancaran tersebut diselajurkan dengan penyampaian Anugerah Seri Temasek yang diberikan kepada Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr Ustaz Haji Awang Mohd Zain bin Haji Serudin.

Attachments
Created at 8/10/2019 3:09 PM by Ak Hussni Bin Pg Hassan
Last modified at 8/13/2019 10:54 AM by Lee Chin Foo