Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PEMENANG SPRINT KREATIF TERIMA HADIAH

100819-MingguEkonomiKreatif (10).jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Aimi Sani - Penerangan

Foto: Hjh Ajijah Ali - KKBS


BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 10 Ogos 2019 - Minggu Ekonomi Kreatif (Creative Economy Week – CEW) yang berlangsung selama seminggu bermula pada 3 Ogos lepas berakhir dengan penyampaian hadiah dan sijil kepada pemenang Sprint Kreatif (Creative Sprint) bertempat di Ruang Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, di ibu negara, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah serta sijil kepada para pemenang ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

100819-MingguEkonomiKreatif (12).jpg

100819-MingguEkonomiKreatif (11).jpg

Acara tersebut menyaksikan penyertaan lebih daripada 100 peserta kreatif dari latar belakang Ekonomi Kreatif yang berbeza dari penyertaan 54 individu menyertai sprint berkenaan yang dibahagikan kepada empat kategori Sprint Kreatif iaitu Sprint Reka Bentuk Dalaman, Sprint Reka Bentuk Grafik, Sprint CGI dan Sprint Pengantara Pengguna / Pengalaman Pengguna (UI / UX - User Interface /User Experience (UI/UX) Sprint).

100819-MingguEkonomiKreatif (4).jpg

100819-MingguEkonomiKreatif (3).jpg

Antara matlamat utama acara ini dianjurkan adalah bagi mengenal pasti dan meletakkan nilai ke dalam kemahiran kreativiti dan kewujudannya dalam industri luar seni.

Selain itu, turut diadakan ialah siri bengkel berkongsi pengalaman serta pertandingan dan forum untuk menggalakkan pembangunan industri kreatif di Brunei di samping menyatukan seniman, usahawan dan profesional dari pelbagai latar belakang untuk mempamerkan bagaimana kreativiti yang boleh memainkan peranan aktif dalam pelbagai bidang kerja bagi seluruh industri lain luar seni.

100819-MingguEkonomiKreatif (2).jpg

100819-MingguEkonomiKreatif (8).jpg

Minggu Ekonomi Kreatif turut membawa bersama fasilitator tempatan dan serantau termasuk fasilitator dari Republik Singapura dan Republik Indonesia.

100819-MingguEkonomiKreatif (16).jpg

Attachments
Created at 8/13/2019 10:43 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 8/13/2019 10:49 AM by Lee Chin Foo