Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
MAJLIS DIKIR MAULUD KKBS DI MASJID KAMPUNG JUNJONGAN

‚ÄčmasjidDSC_4979.jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi - Penerangan

Foto: Hajah Ajijah Ali - KKBS

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 28 November 2017 - Malam-malam menjelangnya Sambutan Maulidur Rasul, 12 Rabiulawal terus disemarakkan di seluruh masjid, surau serta balai ibadat di negara ini. Pujian selawat ke atas Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam setentunya salah satu cara untuk kita menzahirkan rasa cinta buat kekasih Allah itu daripada umat Islam tanpa batasan tertentu. Alhamdulillah di negara ini, acara berkebajikan terus disemarakkan oleh warga Perkhidmatan Awam yang berugama Islam termasuk Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS). Mengetuai rombongan KKBS di Masjid Kampung Junjongan di sini ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof. Turut hadir, Setiausaha Tetap KKBS, Dato Paduka Awang Haji Mohd. Juanda bin Haji A. Rashid serta para pegawai dan kakitangan kementerian berkenaan dan jua Penghulu Mukim Pengkalan Batu, Awang Haji Tahir bin Haji Tarip serta para jemaah masjid tersebut. Sejurus selesai Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh imam masjid tersebut, Awang Haji Khairul bin Haji Hakim yang juga membacakan Doa Dikir. Rombongan kali ini juga disertai oleh para pelajar lelaki dari Pusat Pembangunan Belia. Majlis Dikir Maulud dan rombongan berkenaan akan diteruskan ke Masjid Kampung Kilanas pada 30 November ini.                                          

Attachments
Created at 11/30/2017 1:27 PM by Lee Chin Foo
Last modified at 11/30/2017 1:27 PM by Lee Chin Foo