Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
KERAJAAN RINGANKAN BEBAN MANGSA BANJIR

220819-BantuanMangsaBanjir (4).jpg

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan


BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 22 Ogos 2019 - Mangsa-mangsa yang terlibat dalam kejadian banjir yang berlaku di beberapa buah kampung di Daerah Brunei dan Muara baru-baru ini menerima bantuan kewangan kerajaan daripada Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

Penyerahan bantuan disempurnakan oleh Setiausaha Tetap (Pengurusan Strategi dan Dasar), KKBS, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil pada majlis yang berlangsung di Dewan Citra Budaya, Bangunan KKBS, di sini.

220819-BantuanMangsaBanjir (3).jpg

Sejumlah BND7,000 disumbangkan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan JAPEM kepada 14 ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian banjir di Kampung Lumapas, Kampung Katok, Kampung Sengkurong 'B', Kampung Jerudong, Kampung Tanjong Bunut dan Kampung Kilanas.

220819-BantuanMangsaBanjir (8).jpg

220819-BantuanMangsaBanjir (6).jpg

Juga hadir pada majlis itu, Timbalan Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan) KKBS, Dayang Saidah binti Haji Wahid; Pemangku Pengarah JAPEM; dan pegawai-pegawai kanan JAPEM.

Bagi meringankan beban yang ditanggung oleh para mangsa banjir, pihak JAPEM juga menghulurkan bantuan catuan makanan dan keperluan asasi lain kepada mangsa-mangsa berkenaan sewaktu kejadian berlaku.

Usaha tersebut menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat juga penduduk yang mengalami musibah dan kesukaran.

220819-BantuanMangsaBanjir (5).jpg

Attachments
Created at 8/24/2019 9:03 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 8/24/2019 9:03 AM by Lee Chin Foo