Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
DAPATKAN RUMAH IMPIAN DI BIBD HOME SHOWCASE

​[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Aimi Sani - Penerangan

Foto: Pg Suhaimi bin Pg Hj Othman - KKBS


BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 23 Ogos 2019 - Festival Pameran Rumah (Home Showcase) Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) kembali lagi bagi Edisi Ke-15nya dengan mengetengahkan kepentingan memiliki rumah dengan menyediakan platform sehenti untuk memiliki rumah, terutamanya kepada generasi muda.

230819-BIBD showcase-kkbs (1).jpg

Festival yang berlangsung di BIBD Connects, Taman Mahkota Jubli Emas di Bandar Seri Begawan bermula Jumaat 23 Ogos hingga Ahad 25 Ogos itu disempurnakan perasmiannya oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Antara objektif BIBD mengadakan acara tersebut adalah untuk memperkenalkan produk-produk berkaitan dengan ‘home ownership’ atau pemilikan rumah, melalui pelbagai produk pembiayaan rumah BIBD.

230819-BIBD showcase-kkbs (4).jpg

230819-BIBD showcase-kkbs (2).jpg

Dalam pada itu, pihak BIBD turut mendorong dan menggalakkan golongan muda dan profesional agar sedari awal merancang dan menabung bagi tujuan pembinaan atau pembelian rumah kediaman impian mereka, sebagai salah satu perancangan kewangan yang berhemat dan terarah.

Ke arah ini, festival juga mengetengahkan rakan-rakan niaga yang berhubung kait serta berkepentingan dalam hal-hal pembinaan atau pengubahsuaian rumah di mana para pengunjung ke acara ini berpeluang memilih lebih 100 hartanah yang sudah siap sedia untuk didiami yang ditawarkan oleh kira-kira 10 rakan ejen hartanah BIBD.

230819-BIBD showcase-kkbs (7).jpg

230819-BIBD showcase-kkbs (5).jpg

Sementara itu, bagi orang ramai yang sudah memiliki rumah juga dijemput dan dialu-alukan untuk hadir ke Home Showcase Festival ini, di mana mereka boleh mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk pembiayaan pengubahsuaian rumah yang ditawarkan oleh BIBD.

Selain itu juga, ia menjadi satu platform untuk mengetengahkan usahawan-usahawan muda dari perusahaan kecil dan sederhana tempatan yang menawarkan makanan, minuman, perabot yang dibuat khas atau ‘custom made’.

Acara pada tahun ini juga disertai oleh peserta-peserta dari BIBD SEED dan BIBD Catalyst. BIBD SEED atau “Special Underprivileged Mothers Empowerment Entrepreneurship Development Programme ” bertujuan untuk mengubah kehidupan ibu-ibu yang kurang berkemampuan dalam usaha untuk menjadikan mereka usahawan yang berjaya dan berdaya tahan,  di samping memperkasakan ibu-ibu tersebut dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran di dalam keusahawanan dan membantu mereka membangun perusahaan yang berdaya tahan agar mampu menyara diri mereka dan keluarga mereka.

230819-BIBD showcase-kkbs (9).jpg

 230819-BIBD showcase-kkbs (15).jpg

Manakala bagi BIBD Catalyst pula, ia merupakan satu lagi inisiatif tanggungjawab sosial korporat BIBD yang menumpukan dalam penyediaan program-program pecutan bagi perusahaan-perusahaan baru. Antara tujuan program ini ialah untuk membangunkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana dalam sektor-sektor industri yang berbeza bagi memenuhi pasaran di dalam dan luar Negara Brunei Darussalam.

230819-BIBD showcase-kkbs (12).jpg

Menyentuh dari segi promosi pula, pelanggan yang memohon untuk mana-mana pembiayaan di sepanjang festival ini akan diberikan pengecualian bagi bayaran yuran pemprosesan atau ‘processing fee’; dan berbagai pengecualian yuran untuk permohonan bagi produk dan perkhidmatan lain.

Di samping itu juga, mereka yang menggunakan kaedah pembayaran tanpa wang tunai atau ‘cashless payments’ melalui BIBD QuickPay akan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah yang menarik, sebagai salah satu inisiatif BIBD untuk menggalakkan kaedah pembayaran tanpa wang tunai.

Sementara dari segi aktiviti pula, pihak BIBD akan menayangkan berbagai-bagai filem yang sesuai untuk semua peringkat umur yang akan berlangsung selama tiga hari bermula selepas Solat Fardu Isyak.

230819-BIBD showcase-kkbs (13).jpg

Attachments
Created at 8/24/2019 9:29 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 8/24/2019 1:58 PM by Lee Chin Foo