Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
MEWUJUDKAN MASA DEPAN MAMPAN UNTUK BELIA

​[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Haniza Abdul Latif - Penerangan

Foto: Pg Suhaimi bin Pg Othman - KKBS

 

JERUDONG, Selasa, 27 Ogos 2019 – Kerjasama aktif antara belia dan pihak berkepentingan merupakan pendekatan daripada  Komanwel yang turut disokong di Negara Brunei Darussalam kerana setiap individu memainkan peranan penting.

Dengan pemerkasaan berterusan dan penglibatan aktif belia sebagai rakan strategik, Agenda 2030 untuk Matlamat Pembangunan Mampan dan aspirasi Piagam Komanwel akan dilaksanakan.

270819-CommonwealthSOMY -WelcomingDinner (2).JPG

Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin semasa Majlis Resepsi Makan Malam Mesyuarat Belia Komanwel Bagi Pegawai-Pegawai Kanan (Rantau Asia)  yang berlangsung di Indera Kayangan Ballroom, The Empire Hotel & Country Club, di sini.

270819-CommonwealthSOMY Welcoming Dinner-11.JPG

270819-CommonwealthSOMY welcoming dinner-10.JPG

Menurut Yang Berhormat, perjumpaan peringkat tinggi dan kehadiran peribadi Setiausaha Agung Komanwel, Yang Berhormat Patricia Scotland QC adalah bukti kepada komitmen mereka bersama dan keazaman ke arah matlamat berkenaan.

Tambahnya, adalah penting bagi mesyuarat dua hari itu dalam mempersetujui tentang keutamaan dan pelan tindakan praktikal untuk para belia Komanwel di rantau Asia.

270819-SOMY WelcomeDinner.12.JPG

Oleh itu, Yang Berhormat mengalu-alukan komitmen penuh dan penyertaan dedikasi semua Pegawai-pegawai Kanan bersama anggota organisasi antarabangsa, pihak berkepentingan dan para belia sendiri.

Menyentuh mengenai mesyuarat tersebut, Yang Berhormat yakin ia akan mencapai matlamatnya dalam mewujudkan satu pelan tindakan yang akan meninggalkan kesan yang ketara dalam membantu mewujudkan masa depan yang mampan dan lebih makmur untuk para belia.

270819-CommonwealthSOMY -WelcomingDinner (7).JPG

Majlis tersebut adalah bagi mengalu-alukan Pegawai-pegawai Kanan yang bertanggungjawab dalam kebeliaan daripada ahli-ahli Komanwel Rantau Asia, belia-belia Asia Tenggara dan ketua-ketua belia (youth leaders) dan Sekretariat Komanwel bagi interaksi di kalangan perwakilan dan delegasi yang hadir.

Turut hadir semasa majlis resepsi tersebut ialah Setiausaha Agung Komanwel, Yang Berhormat Patricia Scotland QC.

270819-CommonwealthSOMY -WelcomingDinner (6).JPG

Juga hadir ialah Pesuruhjaya-persuruhjaya Tinggi; Setiausaha-setiausaha Tetap; Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap dan Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan.

Mesyuarat Belia Komanwel Bagi Pegawai-pegawai Kanan (Rantau Asia) akan diadakan di Hotel Centrepoint, Gadong selama tiga hari bermula dari 27 hingga 29 Ogos ini. Delegasi yang ikut serta dalam mesyuarat tersebut terdiri dari Negara Brunei Darussalam, Bangladesh, India, Malaysia, Pakistan, Singapura dan Sri Lanka.

270819-CommonwealthSOMY -WelcomingDinner (1).JPG

270819-CommonwealthSOMY Welcoming Dinner-12.JPG

Attachments
Created at 8/28/2019 11:14 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 8/28/2019 2:19 PM by Lee Chin Foo