Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
UTAMAKAN USAHA TANGANI CABARAN BELIA

280819-CYSOM (3).jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Hernie Suliana Haji Othman - Penerangan

Foto: Pg Suhaimi bin Pg Hj Othman  -KKBS

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 28 Ogos 2019 - Mesyuarat Belia Komanwel bagi Pegawai-pegawai Kanan Rantau Asia, (Commonwealth Youth Senior Officials Meeting - CYSOM) 2019 dibuka rasmi pada majlis yang berlangsung di Hotel Centrepoint, Gadong bagi berkongsi dan membincangkan strategi serta mempertimbangkan pilihan dasar dan alat pembangunan dan pendekatan yang akan memberikan penyelesaian bermakna bagi golongan belia.

Hadir selaku tetamu khas pada majlis tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Majlis dimulakan dengan ucapan dari Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengiran Haji Mohd. Amirrizal bin Haji Mahmud, selaku Pengerusi Mesyuarat.

280819-CYSOM (9).jpg

Setiausaha Agung Komanwel, Puan Yang Terutama Patricia Scotland QC, dalam ucapannya mengongsikan Para 5 CHOGM Communique mengenai keputusan yang telah diambil semasa Mesyuarat Menteri-menteri Belia Komanwel Ke-9 di Uganda pada bulan Ogos 2017 yang menyatakan persetujuan Ketua-ketua Negara Komanwel untuk menyerapkan keutamaan belia dalam dasar dan perancangan pembangunan belia.

280819-CYSOM (1).jpg

Selain itu juga untuk menggalakkan penyertaan belia di semua peringkat dalam membuat keputusan berhubung dengan agenda belia dan dalam tempoh 12 bulan, Ketua-ketua Negara Komanwel akan mengadakan pertemuan pada Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) yang akan berlangsung di Rwanda tahun 2020.

Menurutnya, dalam bidang dasar sosial, cabaran yang dihadapi ialah pelaksanaan. Itulah sebabnya mengapa Dasar Belia menggariskan cadangan praktikal untuk tindakan dan campur tangan yang mengutamakan usaha menangani cabaran yang dihadapi oleh golongan belia. Walau bagaimanapun, kenyataannya adalah tindakan dasar tidak dilaksanakan pada skala yang diperlukan untuk memberikan impak yang nyata. Oleh itu semasa perjumpaan Ketua-ketua Negara Komanwel pada tahun lepas, adalah digalakkan untuk menyokong sepenuhnya pembangunan belia mengikut cadangan dasar Menteri-menteri Belia.

280819-CYSOM (8).jpg

280819-CYSOM (6).jpg

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Di-Pertua Majlis Belia Brunei, Md Aidil Firdaus bin Haji Jukin, diikuti dengan sesi bergambar ramai.

CYSOM bagi Rantau Asia 2019 dihadiri oleh Pegawai-pegawai Kanan, Ketua-ketua Belia dan Kumpulan Pekerja Belia / Rakan Strategik dari tujuh buah negara Komanwel, iaitu Negara Brunei Darussalam; Bangladesh; India; Malaysia; Pakistan; Republik Singapura dan Sri Lanka.

Mesyuarat juga turut dihadiri oleh wakil-wakil Sekretariat Komanwel; United Nations Development Program (UNDP); South Asian Association for Regional Cooperation (SAARC); Asian Development Bank (ADB); Singapore Youth Workers Association; Community the Youth Collective, India; Malaysia Youth Workers Association; Professional Youth Workers' Association Sri Lanka; Commonwealth Youth Council (CYC); Commonwealth Students' Association (CSA); Universiti Putra Malaysia; Bangladesh Open University dan Open University of Sri Lanka.

280819-CYSOM (2).jpg

Attachments
Created at 8/31/2019 10:24 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 8/31/2019 2:04 PM by Lee Chin Foo