Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
376 GRADUAN KEMUDA TERIMA SIJIL

[Sumber: Media Permata]

Berita dan Foto: Ak Zaki Kasharan - Media Permata

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 OGOS 2019 – Seramai 376 orang graduan Institut KEMUDA diraikan dalam majlis konvokesyen ke-6 yang berlangsung di Indera Samudera Grand Hall, The Empire Hotel & Country Club, Jerudong, hari ini.

Hadir bagi menyempurnakan penyampaian ijazah dan sijil kepada para graduan ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin selaku tetamu kehormat majlis.

290819-KEMUDAgradution.1.jpg

Majlis telah dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang dibacakan oleh qariah negara, Dayang Siti Noor Dzuhairah binti Haji Awang Damit.

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dalam ucapannya menasihatkan para graduan agar dapat memanfaatkan sepenuhnya segala pengalaman serta kemahiran di sepanjang pembelajaran mereka untuk mendepani cabaran yang bakal dihadapi dalam merebut peluang pekerjaan di luar sana.

Para graduan juga dinasihatkan untuk berfikir di luar kotak dan menjadi lebih kreatif dan mengeluarkan idea-idea baru bagi menghasilkan solusi yang mendatangkan manfaat bagi diri masing-masing dan masyarakat.

Terdahulu itu, Pengetua Institut KEMUDA, Awang Mohd Khairy Yusrin bin Haji Salam dalam ucapan alu-aluannya antara lain menjelaskan bahawa Institut KEMUDA akan terus mengorak langkah sebagai institusi pengajian tinggi yang komited dalam meningkatkan kemahiran mental dan psikososial pelajar, melalui kepintaran, kreativiti, keperibadian, moral dan etika para pelajar.

290819-KEMUDAgradution.2.jpg

Beliau menambah bahawa para pelajar di institut berkenaan turut didedahkan dengan program usaha sama dengan organisasi luar negara bagi mengasah bakat kepimpinan serta menimba ilmu yang lebih luas.

Usaha berkenaan adalah selaras dengan Wawasan Brunei 2035 yang berhasrat menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai masyarakat yang berpendidikan tinggi, tambah beliau.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu bahawa Institut KEMUDA akan menambah dan melancarkan kursus-kursus baharu seperti Pearson's BTEC Level 1 Introductory Diploma in IT dan Pearson's LCCI in Financial and Quantitative Level 1 Certificate in Bookkeeping.

"Kursus-kursus ini ditawarkan bagi memberi peluang kepada pelajar yang tidak mempunyai O-Level kredit yang mencukupi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi," tambah Awang Mohd Khairy Yusrin lagi.

Juga hadir pada majlis konvokesyen berkenaan ialah Pengerusi Institut KEMUDA, Dato Paduka Haji Abdul Razak bin Haji Muhamad; Pengarah Urusan Institut KEMUDA, Loo Mei Tim; ahli Lembaga Pengarah Institut KEMUDA, Datin Hajah Gayah @ Kamariah binti Haji Shafie, para jemputan khas, tenaga akademik dan pengurusan Institut KEMUDA serta ibu bapa graduan yang diraikan.

Attachments
Created at 8/31/2019 10:43 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 8/31/2019 10:43 AM by Lee Chin Foo