Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
UTAMAKAN USAHA TANGANI CABARAN BELIA

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Hernie Suliana Haji Othman - Penerangan

Foto: Hernie Suliana Haji Othman - Penerangan dan Pg Suhaimi bin Pg Hj Othman - KKBS

GADONG, Khamis, 29 Ogos 2019- Dalam merealisasikan Matlamat Pembangunan Mampan 2030 yang berkaitan dengan pembangunan belia, negara-negara Komanwel hendaklah bekerjasama dan saling membantu dalam menangani punca-punca gejala sosial, politik, alam sekitar dan ekonomi yang menimbulkan cabaran kepada pembangunan belia dan permasalahan yang sering berlaku.

Lebih-lebih lagi negara-negara Komanwel terdiri daripada 53 buah negara dengan keramaian 2.4 bilion penduduk merangkumi 60 peratus golongan belia yang berumur di bawah 30 tahun.

290819-closingremark.2.jpg

Demikian antara yang terkandung dalam ucapan penutup Setiausaha Agung Komanwel, Puan Yang Terutama Patricia Scotland, QC pada hari terakhir Mesyuarat Belia Komanwel Bagi Pegawai-Pegawai Kanan (Rantau Asia) Negara Brunei Darussalam, berlangsung di Hotel Centrepoint, di sini.

Oleh itu, secara keseluruhan, Puan Yang Terutama Patricia Scotland menjelaskan mesyuarat ini berjaya mencapai matlamatnya serta merumuskan beberapa Pelan Tindakan untuk menyumbang kepada masa depan belia Rantau Asia yang lebih adil, lebih mampan, lebih selamat dan lebih makmur.

290819-CLOSING CYSOM (9).jpg

Menurutnya, Pasukan Sekretariat Komanwel sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan dan agensi negara Komanwel serta rakan kongsi dan rakan usaha sama mereka termasuk South Asian Asscociation for Regional Cooperation (SAARC), United Nations Development Programme (UNDP) dan Asian Development Bank (ADB).

Terdahulu, empat kertas kerja telah dibentangkan dan dibincangkan yang disampaikan oleh perwakilan dari Sekretariat Komanwel dan penceramah jemputan dari Negara Brunei Darussalam.

290819-CLOSING CYSOM (10).jpg

290819-CLOSING CYSOM (3).jpg

Antara isu yang dikongsikan ialah penglibatan para belia dalam bidang keusahawanan, isu-isu serantau termasuk sumbangan belia dalam bidang ekonomi dan rancangan pembangunan belia. 

Mesyuarat selama tiga hari itu antara lain membincangkan pelbagai isu yang menjurus kepada pembangunan belia di negara-negara Komanwel.

290819-CLOSING CYSOM (4).jpg

Selesai mesyuarat, para delegasi dibawa melawat ke beberapa tempat menarik dan bersejarah di sekitar Bandar Seri Begawan.

290819-royalregalia.2.jpg

Attachments
Created at 8/31/2019 10:56 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 8/31/2019 2:41 PM by Lee Chin Foo