Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PELAJAR BIBD ALAF SERTAI KURSUS SIVIK

​[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad - Penerangan

Foto: Muhammad Asri Haji Awang Abas - Penerangan


BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 30 Ogos 2019 - Sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan lagi kepentingan pelajaran sivik dalam perkembangan karakter para pelajar Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) Program Galakan Pembelajaran Sepanjang Hayat (ALAF), seramai 60 pelajar peringkat rendah dan menengah BIBD Alaf telah menyertai kursus sivik selama sehari.

Sehubungan itu, majlis penyampaian sijil bagi kursus tersebut telah diadakan petang tadi di Bilik Jong Sarat, Bangunan PGGMB, di ibu negara dan hadir selalu tetamu kehormat, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah.

300819-BIBDAlaf.3.jpg

Terlebih dahulu, para pelajar diperdengarkan ceramah oleh para penceramah dari Kementerian Pendidikan, Jabatan Adat Istiadat dan BIBD.

Antara objektif kursus diadakan adalah untuk menerapkan sikap sivik di kalangan para pelajar BIBD ALAF yang mampu memberikan sikap positif, moral yang tinggi dan kualiti pemimpin yang kuat yang boleh menyumbang kepada perubahan positif dalam diri para pelajar, sebagai pemimpin di masa hadapan.

300819-BIBDAlaf.2.jpg

Ketua Perhubungan Kerajaan dan Projek Khas BIBD , Awang Haji Mohammad Yusri bin Haji Wahsalfelah antara lain melahirkan rasa syukur kerana memang sudah menjadi keutamaan untuk menambah baik kebolehan para pelajar BIBD ALAF.

“Sebagai bank tempatan, kami begitu yakin tentang kepentingan ‘Calak Brunei’ yang perlu diterapkan ke dalam diri para belia. Sebagai pemimpin masa hadapan, mereka harus dilengkapi dengan pengetahuan berguna, sikap teladan dan keperibadian yang selaras dengan falsafah Melayu Islam Berat yang lebih lanjut dan menyumbang ke arah mencapai visi 2035,” ujarnya.

Program ALAF BIBD pada masa ini menyokong pembangunan lebih daripada 100 pelajar.

Melalui Program ALAF, BIBD berhasrat memberikan sokongannya selaras dengan visi 2035 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi memperoleh tahap pendidikan 100 peratus untuk semua orang, secara langsung memberi impak mengurangkan kemiskinan.


Attachments
Created at 8/31/2019 11:09 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 8/31/2019 11:09 AM by Lee Chin Foo