Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
SHARED KITCHEN DILANCARKAN

300819-SharedKitchen (11).jpg

[Sumber: Media Permata]

Berita: Syahmi Hassan -Media Permata

Foto: Pg Suhaimi bin Pg Hj Othman – KKBS

 BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OGOS 2019 – Shared Kitchen, ruang yang boleh disewa oleh perusahaan-perusahaan makanan dan minuman tempatan, telah dirasmikan di Pusat Belia Bandar Seri Begawan, hari ini.

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin telah melancarkan ruang berkenaan yang memberi peluang kepada perusahaan untuk menyediakan makanan dan minuman jualan dalam ruang yang dilengkapi peralatan terkini dan standard.

300819-SharedKitchen (13).jpg

Shared Kitchen yang sebelumnya dikenali sebagai Dapur Belia itu telah digunakan oleh pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan kumpulan amal bagi aktiviti memasak dan baru-baru ini diubah suai menerusi kerjasama Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan bersama Darussalam Enterprise (DARe) dengan Agribiz Group dilantik sebagai pengendali fasiliti berkenaan.

300819-SharedKitchen (12).jpg

300819-SharedKitchen (2).jpg

Selepas pelancaran, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan dibawa melihat lebih dekat suasana dapur berkenaan yang sedang digunakan oleh beberapa orang cef tempatan.

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan juga telah disajikan hidangan makan malam yang dihasilkan oleh empat orang cef tempatan, Cef Terry, Cef Uzaiz, Cef Aziz dan Cef Muris yang menggunakan kemudahan Shared Kitchen.

Shared Kitchen tersebut mempunyai keluasan kira-kira 7,500 kaki dengan 10,375 kaki dan dilengkapi lapan dapur (stoves), empat daripadanya menggunakan high pressure burners dan lapan ketuhar. Selain itu, ruang tersebut juga mempunyai stor dan bilik menukar pakaian.
300819-SharedKitchen (15).jpg

300819-SharedKitchen (5).jpg

300819-SharedKitchen (9).jpg

Attachments
Created at 8/31/2019 11:19 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 8/31/2019 11:22 AM by Lee Chin Foo