Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
GOLF AMAL LEXUS SERAH $10,000

[Sumber: Media Permata]

Berita: Ak Zaki Kasharan - Media Permata

Foto: Pg Suhaimi bin Pg Hj Othman – KKBS

Jerudong, Ahad, 1 September 2019 - Sejumlah $10,000 disumbangkan kepada Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim (DANA) hasil daripada kutipan Kejohanan Golf Amal Lexus 2019 anjuran NBT Brunei Sdn Bhd kali ini, pada majlis penyerahan yang berlangsung di The Empire Hotel and Country Club, di Jerudong.

010919-GolfAmalLexus (7).jpg

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyerahkan sumbangan tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin kepada Pegawai Yayasan, Awang Samsudin bin Haji Puasa.

Kejohanan Golf Amal Lexus 2019 melabuhkan tirainya hari ini dengan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Juara bagi Kejohanan Amal Golf Lexus disandang oleh Ismail Chuchu dengan keputusan Nett akhir 71.2, sekali gus berjaya membawa pulang hadiah utama berupa piala rebutan pada kejohanan kali ini.

Sementara itu, Bryan Chiew telah diumumkan sebagai juara keseluruhan Gross apabila berjaya melakukan 74 pukulan, manakala Hong Kok Seng terpaksa akur berada di tempat kedua di belakang pendahulu kejohanan.

010919-GolfAmalLexus (4).jpg

Tempat ketiga disandang oleh Haji Khairul Jamaluddin dengan 79 pukulan.

Menerusi kejohanan amal berkenaan, bukan sahaja dapat membantu meringankan bebanan bagi golongan tertentu yang memerlukan tetapi juga turut dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara sesama pemain yang menyertai kejohanan berkenaan di samping bersukan sambil beriadah.

010919-GolfAmalLexus (1).jpg

010919-GolfAmalLexus (5).jpg

Attachments
Created at 9/3/2019 10:51 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 9/3/2019 10:52 AM by Lee Chin Foo