Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
FAIZ DZULHAIRY JUARA BOLING

[Sumber: Media Permata]

Berita: Ak Zaki Kasharan - Media Permata

Foto: Pg Suhaimi bin Pg Hj Othman – KKBS

Bandar Seri Begawan, Ahad, 1 September 2019 - Faiz Dzulhairy diumumkan sebagai juara bagi Kategori Terbuka Kejohanan Tenpin Boling sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-73.

Hadir bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah petang tadi ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

010919-TenpinBoling (9).jpg

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Badee'.

Faiz Dzulhairy menjuarai kejohanan berkenaan dengan 191 jatuhan pin, sementara itu Awangku Haqiquddin muncul naib johan dengan 168 jatuhan pin dan tempat ketiga disandang oleh Awang Firdaus bin Haji Bakir dengan 161 jatuhan pin.

Bagi Kategori Berkumpulan pula, johan menjadi milik pasukan Superheroes sekali gus membawa pulang piala serta wang tunai berjumlah $400.

Sementara itu juara dalam kategori wanita pula disandang oleh Hajah Sharifah Rozlina diikuti oleh Dayang Hajah Ardiah Haji Sharbini dan Siti Zubaidah yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Juara bagi Kategori Senior disandang oleh Haji Awang Bakar bin Haji Awang Ahmad. Manakala Dayang Siti Salmah pula muncul juara dalam Kategori 179 ke bawah.

010919-TenpinBoling (2).jpg

010919-TenpinBoling (5).jpg

Kejohanan tersebut merupakan anjuran Kongress Tenpin Boling Negara Brunei Darussalam dan bertujuan bagi menyatukan para pemain dan penggemar sukan boling di negara ini untuk bersama-sama bersaing secara sihat. Selain itu ia juga merupakan platform terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan antara satu sama yang lain.

Melalui kejohanan seumpamanya ia juga dihasrat dapat mencungkil kebolehan yang terdapat dalam diri peserta kejohanan agar dapat diketengahkan lagi ke peringkat antarabangsa.

010919-TenpinBoling (8).jpg

Attachments
Created at 9/3/2019 10:58 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 9/3/2019 10:58 AM by Lee Chin Foo