Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PKWE DBM SAMBUT AWAL TAHUN HIJRAH 1441

‚Äč040919-SambutanHijrahPKWE (1).jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Hernie Suliana Haji Othman - Penerangan

Foto: Hjh Ajijah Ali - KKBS


BERAKAS, Rabu, 4 September 2019 - Tidak ada hijrah (pindah) lagi setelah pembukaan kota Mekah, melainkan hijrah yang lebih relevan kepada kehidupan kita pada masa kini, iaitu hijrah dalaman dari segi akhlak dan rohaniah kepada menjadikan diri lebih baik daripada sebelumnya.

040919-SambutanHijrahPKWE (3).jpg

Perkara tersebut, antara yang disampaikan oleh Penceramah Undangan dari Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dayang Norhayati binti Haji Abdul Rahman sempena Sambutan Awal Tahun Hijrah 1441 anjuran Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE), Daerah Brunei dan Muara (DBM).

Beliau seterusnya menekankan berhijrah itu bukan hanya untuk orang yang berdosa sahaja, kerana sesungguhnya semua anak Adam itu mempunyai dosa, dan sebaik-baik orang yang membuat salah itu ialah orang yang cepat bertaubat kepada Allah Subhanahu Wata'ala.

Majlis berlangsung di Dewan Kemasyarakatan II, Jalan 77, Rancangan Perumahan Negara Lambak Kanan.

Hadir selaku tetamu kehormat, Pemangku Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Dayang Rostinah binti Pehin OKSSP Dato Paduka Awang Haji Mohd. Tahir.

Atur cara terdahulu dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Majlis, Awang Haji Aliakbar bin Ali, diikuti dengan persembahan Tausyeh oleh Ahli Biro Wanita Warga Emas DBM.

Majlis juga dihadiri oleh wakil-wakil dari PKWE Daerah Tutong dan Daerah Belait.

040919-SambutanHijrahPKWE (6).jpg

040919-SambutanHijrahPKWE (2).jpg

040919-SambutanHijrahPKWE (5).jpg

Attachments
Created at 9/5/2019 11:16 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 9/5/2019 11:16 AM by Lee Chin Foo