Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
KKBS RAIKAN AWAL TAHUN 1441 HIJRAH

040919-SambutanHijrahKKBS (2).jpg

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Marlinawaty Hussin - Penerangan

Foto : Hjhj Ajijah Ali - KKBS

 

BERAKAS, Rabu, 4 September 2019- Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan jabatan-jabatan di bawahnya hari ini mengadakan Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah 1441 yang berlangsung di Dewan Digadong, KKBS, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Hadir sama, Setiausaha Tetap (Pengurusan Strategi dan Dasar) KKBS, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil; dan Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet) KKBS, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud; Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap; Ketua-ketua Jabatan; Pegawai-pegawai Kanan; dan pegawai juga kakitangan KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya.

040919-SambutanHijrahKKBS (9).jpg

Majlis diserikan dengan ceramah yang disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Pusat Da'wah Islamiah, Awang Haji Awang Muhammad Naqib bin Haji Awang yang berkisar mengenai tema Sambutan Maal Hijrah Kebangsaan 1441 Hijrah, iaitu Rezeki Halal Mengundang Rahmat Negara Berkat.

040919-SambutanHijrahKKBS (4).jpg


Ceramah beliau, antara lain menyentuh mengenai tanggungjawab setiap orang Islam dan warga perkhidmatan awam, khususnya dalam memastikan setiap kerja atau tugasan yang dilakukan jauh daripada perkara-perkara yang boleh merosakkan nilai keikhlasan bagi memastikan rezeki yang diperoleh adalah rezeki halalan tayyiban.

Menurutnya rezeki yang halal merupakan antara faktor yang memberi kesan positif kepada setiap individu dan secara tidak langsung akan menyumbang dalam menjamin keharmonian dan kestabilan sosial yang telah lama dikecapi di negara ini.

Terdahulu, bacaan ayat-ayat suci Al-Quran pada majlis tersebut disampaikan oleh Pelajar Braille, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Awang Muhammad Khairulzaman bin Haji Mohd. Salleh.

Manakala tafsirannya dibacakan oleh Kurator Sejarah, Pusat Sejarah Brunei, Awang Mohd. Hazim bin Haji Hashim.

040919-SambutanHijrahKKBS (1).jpg

Sambutan seumpama ini merupakan antara aktiviti keagamaan yang dimuatkan dalam kalendar tahunan KKBS bagi sama-sama memeriahkan hari-hari kebesaran Islam di negara ini, di samping untuk memupuk kerjasama dan silaturahim dalam kalangan warga kementerian berkenaan juga pihak-pihak yang berkepentingan.

040919-SambutanHijrahKKBS (5).jpg

040919-SambutanHijrahKKBS (6).jpg

040919-SambutanHijrahKKBS (7).jpg

Attachments
Created at 9/5/2019 1:45 PM by Lee Chin Foo
Last modified at 9/5/2019 1:45 PM by Lee Chin Foo