Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
THE BOX DIRASMIKAN

‚Äč080919-The Box Official Opening-1.jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Nooratini Haji Abas - Penerangan

Foto : Azmah Haji Ahad - Penerangan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 7 September 2019 - The Unboxing diharap akan menjadi platform untuk mempamerkan bakat-bakat keusahawanan anak-anak tempatan dalam bidang keusahawanan dan mercu tanda ruang runcit untuk diterokai oleh para pelancong.

Majlis Pembukaan Rasmi The Unboxing disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof; dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

080919-The Box Official Opening-3.jpg

Sejurus merasmikan pembukaan The Unboxing, Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi; dan Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan berpeluang meninjau secara lebih dekat ruang-ruang yang disediakan, di mana para peniaga dapat memperkenalkan jenama dan produk mereka kepada orang ramai.

Kemudahan seluas 19,864 kaki persegi itu menempatkan 63 unit juga 190 ruang letak kereta bagi peniaga-peniaga dan pelanggan-pelanggannya, yang mana penubuhan kemudahan berasaskan kontena itu merupakan yang terbesar di negara ini.

Selain itu, bangunan itu juga menggunakan tenaga solar, penuaian air dan langkah-langkah lain ke arah persekitaran yang mesra alam, selain menyediakan ruang untuk beribadah (surau).

Di tengah-tengah The Box pula disediakan sebuah mini amphitheater yang dapat dilihat dari keempat-empat sudut bangunan, yang dapat digunakan untuk pertunjukan kreatif.

The Box mewujudkan suasana bersemangat bagi yang baru memulakan perniagaan mahupun peniaga-peniaga veteran untuk berkembang maju, di samping dapat membantu meningkatkan dan memberikan kesedaran mengenai penjenamaan.

The Box yang terletak di Simpang 175, Jalan Telanai, Kampung Telanai akan dibukakan bagi kunjungan orang ramai pada 8 September 2019 bermula jam 10.30 pagi.

Orang ramai juga berpeluang untuk memenangi baucar daripada para peniaga di The Box melalui beberapa pertandingan bakal diadakan sepanjang hari.

080919-The Box Official Opening-4.jpg

Attachments
Created at 9/9/2019 9:31 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 9/9/2019 1:19 PM by Lee Chin Foo