Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
BDYCEC 2019 berakhir

‚Äč120919-YouthCulturalExchange (5).jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin - Penerangan

Foto: Hjh Ajijah Ali - KKBS

KUALA BELAIT, Khamis, 12 September 2019 - Seramai 89 peserta daripada Daerah Belait, Daerah Tutong juga Daerah Brunei dan Muara, termasuk 10 perwakilan dari Padang, Sumatera Barat, Republik Indonesia mengikuti Persidangan Pertukaran Kebudayaan Brunei Darussalam 2019 (Brunei Darussalam Youth Cultural Exchange Conference 2019 - BDYCEC 2019) yang berlangsung di Dewan Persidangan Kuala Belait, di sini.

120919-YouthCulturalExchange (1).jpg

120919-YouthCulturalExchange (9).jpg120919-YouthCulturalExchange (16).jpg

Hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Penutup BDYCEC 2019 tersebut, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Pada majlis tersebut, Yang Berhormat menyaksikan pameran-pameran yang disediakan oleh para peserta, selain menyaksikan persembahan tarian kebudayaan daripada para perwakilan dari Padang, Sumatera Barat dan persembahan kebudayaan daripada Kumpulan Kebudayaan Puak Dusun Belait.

120919-YouthCulturalExchange (15).jpg

120919-YouthCulturalExchange (23).jpg120919-YouthCulturalExchange (12).jpg

120919-YouthCulturalExchange (10).jpg

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil-sijil kepada para peserta persidangan, disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

120919-YouthCulturalExchange (3).jpg

BDYCEC 2019 anjuran Persatuan Belia Belait (PEMBELA), antara lain bertujuan untuk memberikan peluang bagi pertukaran budaya seni dan pengetahuan dengan matlamat untuk bertindak sebagai platform bagi Belia Siaga Masa Depan (Future-Ready Youth) kerana golongan belia merupakan penyumbang utama ke arah Wawasan Negara 2035, terutamanya menerusi Industri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan.

120919-YouthCulturalExchange (4).jpg

Attachments
Created at 9/14/2019 10:03 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 9/14/2019 10:05 AM by Lee Chin Foo