Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PROGRAM BAS BELIA 2019 LABUH TIRAI

130919 penutup program bas belia@Tutong (11).jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Dk Vivy Malessa Pg Ibrahim - Penerangan

Foto: Hjh Ajijah Ali - KKBS


TUTONG, Jumaat,13 September 2019 - Program Bas Belia 2019 yang diadakan selama tujuh hari bermula pada 7 September lalu melabuh tirainya hari ini dengan Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil kepada 38 belia yang berlangsung di Kawasan Lapang, Tamu Serambangun, di sini.

Hadir menyempurnakan penyampaian sijil kepada para peserta ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin selaku tetamu kehormat.

130919 penutup program bas belia@Tutong (5).jpg

130919 penutup program bas belia@Tutong (3).jpg

Program Bas Belia 2019 anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Daerah di keempat-empat daerah buat kali kedua.

Para peserta terdiri daripada 24 lelaki dan 14 perempuan dari keempat-empat daerah dengan 10 daripadanya dari Daerah Brunei dan Muara, 11 dari Daerah Belait, lapan dari Daerah Tutong dan sembilan dari Daerah Temburong.

130919 penutup program bas belia@Tutong (10).jpg

130919 penutup program bas belia@Tutong (8).jpg

130919 penutup program bas belia@Tutong (7).jpg

Program tersebut mengumpulkan para belia dari keempat-empat daerah sebagai lambang perpaduan dan integrasi dengan menjelajah ke seluruh negara berlandaskan kepada enam Bidang Strategi Penting dalam Dasar Belia Negara.

Objektif Program Bas Belia ialah untuk mendidik dan meningkatkan ke arah perkembangan dan pembangunan diri, kepimpinan, daya usaha dan persefahaman, di samping mendedahkan ilmu dan maklumat mengenai bidang keusahawanan dan penggunaan teknologi dalam keusahawanan serta untuk mengenali dengan lebih dekat lagi identiti, sosial, budaya dan masyarakat di daerah-daerah.

130919 penutup program bas belia@Tutong (6).jpg

Attachments
Created at 9/14/2019 10:14 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 9/14/2019 10:14 AM by Lee Chin Foo