Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
FESTIVAL KOREA KUKUHKAN PERSAHABATAN BRUNEI - KOREA

‚Äč130919-KoreaFestival-GoH.JPG

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Marlinawaty Hussin - Penerangan

Foto: Pg Suhaimi bin Pg Hj Othman - KKBS

 

BERAKAS, Jumaat, 13 September 2019 - Festival Korea 2019 yang diadakan selama tiga hari bermula hari ini di Pusat Membeli Belah Times Square menawarkan banyak aktiviti menarik bagi para pengunjung.

130919-KoreaFestival-performance.1.JPG

Antara aktiviti berkenaan, Hanbok Dress-up & Photobooth; demonstrasi Taekwondo; demonstrasi penggunaan alat solek dan hiasan rambut; permainan tradisi Korea; kelas masakan; kuiz; dan bengkel lukisan Korea.

Para pengunjung juga berpeluang melawat pameran pada festival tersebut, yang disertai oleh Kedutaan Republik Korea ke Negara Brunei Darussalam; Ceragem; Sinar Holdings; Pertubuhan Pelancongan Korea; dan Pan Bright Travel Service.

130919-KoreaFestival (50).JPG

Selain itu, para pengunjung petak pameran berpeluang memenangi cabutan bertuah, yang mana penyampaian hadiah akan berlangsung pada 15 September, jam 8.30 malam.

Selain itu, acara berkenaan menampilkan persembahan kumpulan muzikal Jinmyung dari Korea.

130919-KoreaFestival-ribbon.3.JPG

Pelancaran festival disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan isteri, Datin Nurhayana Janis binti Abdullah Lim selaku tetamu kehormat.

Turut hadir pada majlis pelancaran berkenaan, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Korea ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Yoon Hyun-bong; Presiden Pertubuhan Korea di Brunei Darussalam, Lee Chang Nam; Pengarah Pertubuhan Pelancongan Korea, Shin Junghun; dan Pengarah Urusan Times Square, Dayang Amal Majidah binti Haji Suhaili.

130919-KoreaFestival.speechby Ambassador.JPG

Ketika berucap, Puan Yang Terutama Yoon Hyun-bong menjelaskan bahawa sepanjang lima tahun festival tersebut diadakan sejak tahun 2014, ia memperkenalkan dan memberikan peluang kepada masyarakat Brunei untuk mengalami budaya juga trend terbaharu Korea.

Menurutnya, beliau percaya festival berkenaan menyumbangkan kepada pemahaman bersama dan memperkukuhkan persahabatan di antara kedua-dua buah negara.

Acara festival kali keenam itu dihoskan Kedutaan Republik Korea ke Negara Brunei Darussalam dan dianjurkan bersama oleh Pusat Membeli Belah Times Square dan Pertubuhan Pelancongan Korea.

130919-KoreaFestival-view exhibition.2.JPG

130919-KoreaFestival-grp photo.2.JPG

Attachments
Created at 9/14/2019 10:21 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 9/14/2019 3:58 PM by Lee Chin Foo