Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
LEGASI YOUTH CAMP 2019 LABUH TIRAI

‚Äč140919-LegasiYouthCamp -GoH.1.JPG

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Muhammad Akmal Haji Ali - Penerangan

Foto: Pg Suhaimi bin Pg Hj Othman - KKBS


TEMBURONG, Sabtu, 14 September 2019 - Majlis Penutup dan Penyampaian sijil bagi Program Perkhemahan 'Legasi Youth Camp 2019'  bertempat di Pusat Latihan Program Khidmat Bakti Negara (PKBN), Batu Apoi, Temburong.

Program ini baru pertama kali dianjurkan oleh bekas Pemuda Brunei Belia Asia Tenggara dan Program Belia Jepun 2018 atau lebih dikenali sebagai BPY Legasi 45, 2018, dengan sokongan daripada alumni SSEAYP, BERSATU dan Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.

Hadir selaku tetamu kehormat Majlis, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Projek, Muhammad Khalid Nurehsan bin Haji Mohin.

140919-LegasiYouthCamp -speech.2.JPG

Diikuti dengan persembahan daripada peserta perkhemahan dan diteruskan dengan Penyampaian sijil kepada Penaja-penaja Program, Sukarelawan dan Peserta-peserta dan akhir sekali Penyampaian Anugerah kepada para peserta yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Seramai 69 belia menyertai kem tersebut dalam lingkungan 14-18 tahun dan seramai 20 sukarelawan telah mengambil bahagian dalam kem tersebut yang telah diadakan bermula dari 11 hingga 14 September 2019.

140919-LegasiYouthCamp -aktiviti.4.JPG

140919-LegasiYouthCamp-aktiviti.2.JPG

140919-LegasiYouthCamp -aktiviti.1.JPG

Sepanjang program ini, peserta telah menjalani dan mengamalkan simulasi SSEAYP dengan penetapan; program di atas kapal, Nippon Maru, program-program eksklusif seperti sesi perbincangan, aktiviti-aktiviti Kumpulan Solidariti, Persembahan, Seminar, Pengalaman Kebudayaan dan Pertarungan Cheers, patriotisme, kuasa belia, sumbangan sosial dan kemahiran kepimpinan.

140919-LegasiYouthCamp -youth.1.JPG

140919-LegasiYouthCamp -youth.2.JPG

Turut dimasukkan pada program tersebut, penekanan mengenai kebudayaan dan gaya hidup Islam, Melayu Islam Beraja (MIB) bagi menyemai dan mengukuhkan kecintaan terhadap negara kita yang dikasihi, Negara Brunei Darussalam.

Pasukan program tersebut berharap projek berkenaan akan berlangsung setiap tahun kerana ia memberi lebih banyak peluang dan platform untuk belia-belia yang berbakat untuk mengalami pembangunan watak berhubung kepimpinan dan globalisasi, di samping itu, akan memberi lebih banyak variasi ke arah pembangunan belia, pemberdayaan dan pertumbuhan.

140919-LegasiYouthCamp -penyampaian sijil.3.JPG

140919-LegasiYouthCamp -penyampaian sijil.2.JPG

140919-LegasiYouthCamp -group photo.1.JPG

Attachments
Created at 9/16/2019 9:28 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 9/16/2019 9:40 AM by Lee Chin Foo