Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PAKATAN BERMANFAAT TINGGI KEPADA MASYARAKAT, NEGARA

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Ak. Syi’aruddin Pg. Dauddin - Penerangan

Foto: Hjh Ajijah Ali - KKBS


TUTONG, Sabtu, 14 September 2019 - Dalam mengorak langkah ke hadapan, amatlah mustahak bagi Persatuan Bekas Kakitangan Kerajaan Daerah Tutong (PAKATAN) untuk meneruskan usaha, di samping memanfaatkan kaedah-kaedah baru demi mencapai kemajuan negara secara berterusan.

Usaha tersebut tidak semestinya tertumpu kepada aspek perekonomian sahaja, tetapi dalam keperluan lain di peringkat negara termasuk dalam pendidikan, teknologi dan ekonomi digital.

140919-PAKATAN (7).jpg

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin mengemukakan pendapatnya semasa menyampaikan ucapannya selaku tetamu kehormat pada Majlis Sambutan Jubli Perak PAKATAN yang berlangsung petang tadi di The Lanes Hotel, Tutong, di sini.

Dari segi dimensi sosial, Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan seterusnya berpandangan bahawa dengan kepelbagaian pemikiran dan kepakaran yang ada, PAKATAN mempunyai potensi yang amat tinggi sebagai platform untuk berinteraksi khususnya golongan belia sebagai mentor dan pembimbing.

140919-PAKATAN (6).jpg

Pengalaman yang dimiliki PAKATAN juga amat berguna untuk memberikan pandangan yang lebih menyeluruh kepada pembentukan dasar-dasar kerajaan sebagai rakan strategik kerajaan, jelas Yang Berhormat lagi.

"Inilah sepertimana yang diharapkan, bahawa apa pun usaha dalam kemajuan negara, di samping usaha untuk mengatasi apa jua cabaran pada masa ini dan masa akan datang adalah melalui pendekatan Whole of Nation.

Oleh yang demikian, saya amat percaya PAKATAN akan meneruskan kemajuan dan kemakmuran yang telah diusahakan selama ini, serta kekal sebagai satu pertubuhan yang cemerlang dan bermanfaat tinggi kepada masyarakat serta negara walaupun dengan cabaran yang dihadapi, InsyaaAllah," ujar Yang Berhormat lagi.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong, Awang Noraffendy bin Norsabah, dan diserikan lagi dengan persembahan pembukaan lagu rasmi PAKATAN, menambang 'Syair Burung Punggok' dan persembahan qasidah bertajuk 'Assalamualaika'.

140919-PAKATAN (2).jpg

Tetamu kehormat seterusnya dijemput untuk menyempurnakan penyampaian anugerah kepada tokoh-tokoh PAKATAN, diikuti dengan penyampaian derma daripada PAKATAN kepada Tabung Kebajikan Anak-Anak Yatim Daerah Tutong yang diwakili oleh Pegawai Daerah Tutong.

140919-PAKATAN (3).jpg

140919-PAKATAN (5).jpg

Attachments
Created at 9/16/2019 9:36 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 9/16/2019 9:37 AM by Lee Chin Foo