Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
LEBIH 200 SERTAI KAYUHAN BASIKAL

‚Äč150919-KayuhanPersatuan Lumapas (6).jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Haniza Abdul Latif -Penerangan

Foto: Pg Suhaimi bin Pg Hj Othman - KKBS


LUMAPAS, Ahad, 15 September 2019 - Kayuhan Basikal anjuran Persatuan Belia Lumapas (PERLU) mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan lebih 200 pekayuh basikal dengan kayuhan sejauh Lapan Kilometer, bermula dan berakhir di Sekolah Rendah Lumapas, di sini.

150919-KayuhanPersatuan Lumapas (3).jpg


Hadir selaku tetamu kehormat, seterusnya menyertai kayuhan basikal, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Majlis dimulakan dengan senamrobik, disusuli dengan perlepasan kayuhan basikal yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

150919-KayuhanPersatuan Lumapas (5).jpg

150919-KayuhanPersatuan Lumapas (1).jpg

150919-KayuhanPERLU (2).jpg

Acara juga diserikan dengan Persembahan Basikal Fixed Gear (FIXIE) daripada para Belia Kampung Lumapas.

Majlis bersempena Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-73, Tahun 2019 itu, antara lain bertujuan sebagai wadah bagi Majlis Perundingan Kampung dan penduduk kampung menjalinkan hubungan silaturahim untuk membentuk sikap bekerjasama dalam melaksanakan kerja yang memang sudah menjadi budaya penduduk kampung.

Kegiatan seumpama itu juga sebagai landskap kepada penduduk kampung untuk berhibur dan berinteraksi sesama sendiri bagi memupuk keharmonian dalam perpaduan masyarakat.

150919-KayuhanPersatuan Lumapas (2).jpg

150919-KayuhanPersatuan Lumapas (4).jpg

Attachments
Created at 9/16/2019 9:48 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 9/16/2019 1:49 PM by Lee Chin Foo