Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
BND29,250.00 DIHULURKAN BAGI GANJARAN KEMENANGAN SPKS

‚Äč051019-SKIM PK Sukan (5).jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Hernie Suliana Haji Othman - Penerangan

Foto: LC Foo - KKBS


BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 5 Oktober 2019 - Seramai sembilan atlet, empat jurulatih sukan, dua penolong jurulatih dan tiga persatuan sukan telah diraikan pada Majlis Penyampaian Ganjaran Kemenangan Skim Penggalak Kecemerlangan Sukan (SPKS).

SPKS bertujuan untuk memberikan ganjaran kepada atlet-atlet negara sebagai tanda pengiktirafan dan penghargaan di atas kejayaan mereka yang telah mengharumkan nama negara di peringkat serantau dan antarabangsa, serta menghargai sumbangan bakti yang telah diberikan oleh para jurulatih dan Persatuan-persatuan Sukan Kebangsaan.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian Ganjaran Kemenangan SPKS tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Haji Abdul Halim bin Haji Fuad diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud selaku Pengerusi Majlis.

Dalam ucapannya, pihak KKBS setinggi-tinggi menjunjung kasih ke hadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di atas perkenan baginda bagi penganugerahan insentif dan sumbangan kepada atlet-atlet negara selaras dengan piawaian yang terkandung di dalam SPKS.

Sukan-sukan yang menerima ganjaran kemenangan SPKS adalah sukan Lawan Pedang berjumlah BND1,400; sukan Wushu dari dua kejohanan berjumlah BND1,450 dan BND18,000; dan sukan Pencak Silat berjumlah BND8,400.

051019-SKIM PK Sukan (8).jpg

Dalam Kejohanan South East Asia Fencing Federation Kuala Lumpur 2018, atlet negara Awang Md Anaqi Danish bin Asahrin telah berjaya membawa pulang satu pingat gangsa melalui Saber Perseorangan Lelaki, manakala Ang Guat Lian menyumbang pingat gangsa dalam Kategori Taiji Jian Wanita pada Kejohanan FISU World University Wushu Championship 2018 di Macau, China.

Pada 1st ASIAN Traditional (KUNG FU) Wushu Championship 2018 di Nanjing, China, atlet Wushu Kebangsaan telah berjaya membawa pulang lima pingat, iaitu tiga pingat emas melalui acara TaijiQuan Wanita dan TaijiJian Wanita yang diraih oleh Basma Lachkar dan pasangan Faustina Woo Wai Sii dan Ling Dexuan melalui Duillian Wanita.

051019-SKIM PK Sukan (2).jpg

Manakala dua pingat perak diperoleh oleh Hosea Wong Zheng Yu melalui acara TaijiQuan Lelaki dan Taijijian Lelaki.

Sementara pesilat negara, Dayang Anisah Najihah binti Abdullah, Dayang Qistina Athirah binti Zainal dan Dayang Nur Najihah binti Abdul Hamid menyumbang pingat gangsa melalui Seni Regu Wanita pada 18th Pencak Silat World Championship, Singapore 2018.

"Dengan itu, sukacita mengumumkan bahawa jumlah keseluruhan ganjaran kemenangan yang akan diberikan pada hari ini ialah sebanyak BND29,250 hasil dari pencapaian meraih sebanyak tiga pingat emas, dua pingat perak dan tiga pingat gangsa secara keseluruhan dari empat kejohanan tersebut," jelas Pengiran Mohammad Amirrizal.

Skim ganjaran ini juga diberikan kepada jurulatih-jurulatih sukan kerana penglibatan mereka dalam perkembangan dan kemajuan dalam latihan.

SPKS terkandung di dalam Dasar Sukan Negara yang diperkenalkan pada tahun 1991 untuk kemudahan insentif kepada atlet-atlet yang cemerlang bagi memberikan dorongan kepada para atlet agar mereka sentiasa terus menyumbangkan komitmen mereka kepada negara melalui pencapaian pingat di kejohanan peringkat serantau dan antarabangsa.

051019-SKIM PK Sukan (3).jpg

Dalam temu bual bersama jurulatih Wushu, Li Hui, beliau mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Kebawah DYMM di atas sokongan kepada jurulatih, atlet dan Persatuan Wushu di atas pengiktirafan yang dikurniakan dan seterusnya akan terus berusaha dengan lebih gigih untuk membawa kejayaan ke negara ini dalam kejohanan yang mendatang, seperti World Wushu Championship dan juga Sukan SEA tidak lama lagi.

Turut hadir, Pemangku Setiausaha Tetap (Pengurusan Strategi dan Dasar) KKBS, Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah; Timbalan Setiausaha Tetap (Kebeliaan dan Kesukanan) KKBS, Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said dan Timbalan Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan) KKBS, Dayang Saidah binti Haji Wahid dan para ibu bapa atlet yang diraikan.

051019-SKIM PK Sukan (1).jpg

Attachments
Created at 10/7/2019 9:35 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 10/7/2019 9:35 AM by Lee Chin Foo