Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
GOLF AMAL SEMPENA PENUBUHAN MKM KE-10

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad - Penerangan

Foto: Azmah Haji Ahad - Penerangan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 6 Oktober 2019 - Perlawanan Golf Amal sempena Penubuhan Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) Ke-10 Tahun berlangsung di Kelab Golf Pantai Mentiri (PMGC) selama tiga hari bermula 4 Oktober hingga hari ini.

Perlawanan Golf Amal anjuran MKM dengan kerjasama PMGC itu, antara lain bertujuan untuk menambah dana MKM bagi membiayai projek-projek dan aktiviti membantu golongan yang kurang berkemampuan di negara ini, khususnya klien-klien di bawah pengawasan dan pemantauan MKM.

Sehubungan itu, Majlis Penyampaian Hadiah kepada para pemenang diadakan dan hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

061019-Golf Amal MKM.1.jpg

Kategori-kategori yang dipertandingkan pada perlawanan berkenaan, Netts, Gross dan Hole in One dengan format perlawanan System 36 Stroke Play (OCB).

Muncul johan bagi Overall Gross, Awangku Mohd. Syakir Pengiran Haji Alli dan johan bagi Overall Nett, Nurjaimi Haji Jumat.

Gelaran johan bagi Kategori Nett Division 'A' dimenangi oleh Md. Ariz Maldini Haji Abd.Majid; Nett Division 'B' dirangkul oleh Abdul Mutalip Haji Md. Jair; dan Division 'C' dimiliki oleh Mahdini Haji Rosman.

Sementara gelaran juara bagi Nett Ladies Division dimenangi oleh Agnes De Cruz; Nett Senior Division disandang oleh Kolonel (B) Dato Paduka Haji Harith Haji Abdul Karim; dan VIP & Sponsors Division diraih oleh Menteri

Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.

Majlis turut diserikan dengan cabutan bertuah.

061019-Golf Amal MKM.2.jpg

Attachments
Created at 10/7/2019 10:10 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 10/7/2019 10:10 AM by Lee Chin Foo