Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PERSIDANGAN UCEC PLATFORM PERBINCANGAN, PERKONGSIAN

‚Äč041119-The 6th University Engagement Conference (6).jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi - Penerangan

Foto: Hjh Ajijah Ali - KKBS

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 4 November 2019 - Tiga wawasan dalam kita memikirkan semula penglibatan universiti dan komuniti ke arah menepati sasaran iaitu pendekatan holistik dengan menggunakan rangka kerja Triple Helix untuk menentukan peranan universiti dalam penglibatan masyarakat.

Selain itu, adalah untuk menukar landskap pendidikan universiti dan memaksimumkan penggunaan serta memanfaatkan kelebihan teknologi baharu dan media sosial oleh universiti-universiti dan komuniti.

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin menggariskan perkara tersebut semasa merasmikan Persidangan Antarabangsa Libat Sama Universiti-Komuniti (University Community Engagement Conference - UCEC) Ke-6, 2019 berlangsung di Dewan Serambi Suluh, Tarindak D'Seni hari ini.

041119-The 6th University Engagement Conference (1).jpg

Yang Berhormat menjelaskan, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam secara aktif melibatkan komuniti ke arah sama-sama membangun negara menerusi pelbagai aktiviti yang diselenggarakan.  

Oleh itu, katanya, universiti-universiti digalakkan untuk memanfaatkan mekanisme dan kerja yang sedia ada untuk menerokai lagi penglibatan universiti dan komuniti terutamanya dalam bidang kebudayaan, belia, sukan dan kebajikan masyarakat termasuk Matlamat Pembangunan Mampan.

Yang Berhormat juga menyatakan mengenai matlamat untuk menyaksikan lebih banyak kerjasama bukan sahaja dalam bidang penyelidikan dan sukarelawan, tetapi juga untuk meningkatkan pembangunan sosioekonomi masyarakat terutamanya kumpulan-kumpulan yang kurang berkemampuan.

"Kita akan sentiasa mengalu-alukan cadangan untuk memupuk lebih banyak penglibatan universiti dan komuniti dengan memanfaatkan penggunaan teknologi dan kemasukan beberapa topik peringkat komuniti dalam kurikulum universiti, termasuk pertumbuhan kawasan perusahaan sosial yang diterajui oleh NGO tertentu di Negara Brunei Darussalam, begitu juga cabaran yang dihadapi oleh anak-anak kita, belia dan warga tua, warisan kebudayaan, bahasa dan kesusasteraan yang tidak ketara, seni dan menggalakkan gaya hidup sihat," jelas Yang Berhormat lagi.

Terdahulu, Ra'es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr. Haji Adanan bin Haji Basar dalam alu-aluannya antara lain menekankan bahawa penglibatan komuniti adalah mekanisme yang sangat kuat dalam menyatukan dan memperkasa ke arah mencapai misi bersama menjadikan dunia ini sebagai tempat yang lebih baik untuk semua.

041119-The 6th University Engagement Conference (2).jpg

Komunikasi yang berkesan dalam kalangan pihak berkepentingan tambahnya, merupakan kunci utama kejayaan penglibatan komuniti, dengan itu UCEC 2019 adalah platform terbaik untuk  meningkatkan kefahaman dan kerjasama melalui pertukaran pengalaman dan kemahiran serta menerokai strategi yang lebih besar dalam mencapai matlamat dan objektif.

Sementara itu, Naib Canselor, Universiti Sains Malaysia (USM), Yang Berusaha Profesor Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan percaya bahawa pada Abad Ke-21 ini, universiti dan institusi pengajian tinggi hendaklah kekal relevan dengan menyumbang ke arah kemampanan ekonomi, masyarakat, budaya, pendidikan, kesihatan dan alam sekitar dengan melibatkan diri secara rapat dengan masyarakat dalam kerjasama untuk faedah bersama. Dalam usaha ini, penglibatan komuniti dan universiti atau jabatan memainkan peranan penting.

Perkongsian amalan terbaik dan kerjasama menjadi nadi penggerak ke arah Abad Ke-21. Inisiatif gabungan baharu sangat menarik dan bertepatan dan sudah pasti akan membawa perubahan asas dalam pengajaran dan amalan pembelajaran di institusi pengajian tinggi. 

Majlis juga diselajurkan dengan pelantikan rasmi Presiden Asia-Pacific University-Community Engagement Network (APUCEN) baharu iaitu Naib Canselor, USM, Yang Berusaha, Profesor Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan.

Persidangan dua hari yang dianjurkan secara kolaborasi antara KUPU SB dengan kerjasama USM, merupakan salah satu aktiviti utama dalam persatuan APUCEN yang mana KUPU SB merupakan ahli aktif sejak tahun 2014.

Dalam persidangan tersebut, dua kertas utama dibentangkan. Selain itu, 66 kertas kerja telah didaftarkan dan diterima masuk ke dalam International e-Journal of Community and Industry Engagement, APUCEN yang mana 31 daripadanya akan dibincangkan dalam pembentangan sesi selari persidangan kali ini selain lima pembentangan poster.

Selain itu juga, persidangan bertemakan 'Menelusuri Libat Sama Komuniti : Hala Tuju di Abad Ke-21' membincangkan sembilan sub-tema tajuk dengan disertai lebih 200 peserta dalam dan luar negara termasuk pegawai-pegawai dan kakitangan beberapa kementerian, pelajar-pelajar dari institusi pengajian tinggi tempatan serta penyertaan negara luar termasuk Filipina, Indonesia, Jepun, Jerman, Malaysia, Thailand dan Viet Nam.

Persidangan UCEC Ke-6 ini diadakan dengan matlamat untuk mewujudkan satu platform perbincangan dan perkongsian pengalaman pelaksanaan libat sama universiti dan komuniti terutama kaedah pendekatan yang bersesuaian dalam konteks negara masing-masing.

Selain itu, ia diharapkan dapat memperkukuhkan peranan sebuah universiti sebagai ejen pengubah ke arah peningkatan dan kesejahteraan taraf hidup sosial dan ekonomi komuniti.

041119-The 6th University Engagement Conference (5).jpg

Penganjuran persidangan ini bertujuan untuk menggalakkan kerjasama penyelidikan dalam situasi ilmiah dan profesional yang mempunyai kepentingan dalam libat sama universiti dan komuniti serta pendedahan kepada pelbagai konsep dan kajian empiris mengenai teknik, strategi pengurusan dan amalan terbaik libat sama universiti komuniti dan industri perniagaan secara mikro dan makro.

Penganjuran persidangan peringkat antarabangsa ini juga menepati dengan matlamat KUPU SB untuk menjadikan universiti ini pusat kecemerlangan akademik.

041119-The 6th University Engagement Conference (7).jpg

Attachments
Created at 11/5/2019 9:26 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 11/5/2019 9:40 AM by Lee Chin Foo