Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
KKBS SEMARAK MAULUD DENGAN DIKIR

‚Äč051119-Dikir Maulud Masjid UBD.6.JPG

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Haniza Abdul Latif - Penerangan

Foto: Pg Suhaimi bin Pg Hj Othman - KKBS


TUNGKU LINK, Selasa, 5 November 2019 - Laungan dikir sempena bulan kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam terus bergema di masjid-masjid di Negara Brunei Darussalam.

Sehubungan itu, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) meneruskan Majlis Dikir sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassallam, di Masjid Universiti, Universiti Brunei Darussalam (UBD), di sini.

051119-Dikir Maulud Masjid UBD.8.JPG

Mengetuai rombongan KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Turut hadir, Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet), Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud; Timbalan Setiausaha Tetap (Kebeliaan dan Kesukanan), Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said; warga KKBS; wakil-wakil persatuan belia; mahasiswa UBD; juga Penduduk Kampung Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba dan kawasan sekitar masjid berkenaan.

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah, diimamkan oleh Pegawai Hal Ehwal masjid, Masjid UBD, Awang Haji Jufri bin Haji Hidup, seterusnya menyampaikan Tazkirah, antara lain menjelaskan mengenai kehidupan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam semasa baginda dijaga oleh datuk baginda, iaitu Abdul Muttalib, kemudian dijaga oleh bapa saudara baginda, iaitu Abu Talib.

051119-Masjid UBD-Dikir Maulud (5).jpg

051119-Masjid UBD-Dikir Maulud (4).jpg

051119-Masjid UBD-Dikir Maulud (8).jpg

Acara diteruskan dengan Solat Fardu Isyak Berjemaah, diimamkan oleh Imam Masjid UBD, Awang Haji Mohammad Ashraf bin Haji Bujang, diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Dikir secara beramai-ramai.

Doa Dikir dibacakan oleh Imam Masjid UBD, Awang Haji Mohammad Ashraf, manakala Doa Kesyukuran, dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal masjid, Masjid UBD, Awang Haji Jufri.

Pada majlis tersebut, Yang Berhormat turut menyempurnakan sumbangan wakaf dari Jabatan Pembangunan Masyarakat dan Pusat Sejarah Brunei yang berupa sebuah televisyen bagi masjid tersebut dan diterima oleh Awang Haji Jufri.

051119-Masjid UBD-Dikir Maulud.10.jpg


Majlis antara lain bertujuan untuk menilai dan menghargai pengorbanan Rasulullah dalam menyebarkan agama Islam, di samping agar kita dapat mengamalkan akhlak dan keperibadian baginda jugaa dapat mencontohi sikap dan teladan yang ditonjolkan oleh baginda.

Selain itu, Majlis Berdikir juga merupakan aktiviti tahunan KKBS sebagai perpaduan dan kekeluargaan warga kementerian bersama penduduk kampung juga golongan belia dalam sama-sama menyemarakkan Sambutan Maulidur Rasul, seterusnya menanam perasaan cinta kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

051119-Masjid UBD-Dikir Maulud (3).jpg

051119-Dikir Maulud Masjid UBD.3.JPG

Attachments
Created at 11/6/2019 10:03 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 11/6/2019 1:55 PM by Lee Chin Foo