Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
DIKIR MAULUD SEMAI RASA KECINTAAN KEPADA RASULULLAH

061119-Zikir Maulud Masjid kg Bukit Panggal, Tutong (1).jpg

​[Sumber: Pelita Brunei]

​Berita: Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin - Penerangan

Foto: Pg Suhaimi bin Pg Hj Othman - KKBS

 

TUTONG, Rabu, 6 November 2019 - Laungan dikir memuji kebesaran dan keagungan Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam terus bergema di semua masjid, surau dan balai ibadat di seluruh negara selama 12 malam berturut-turut sempena Memperingati Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang disambut pada setiap 12 Rabiulawal.

Sehubungan itu, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan Jabatan-jabatan di bawahnya meneruskan lagi rombongan Majlis Dikir Syarafil Anam di Masjid Ar-Rahim, Kampung Bukit Panggal, Tutong, di sini.

Hadir mengetuai rombongan KKBS, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

061119-Zikir Maulud Masjid kg Bukit Panggal, Tutong (5).jpg

061119-Zikir Maulud Masjid kg Bukit Panggal, Tutong (4).jpg

Juga hadir, Timbalan Setiausaha Tetap KKBS, Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said; dan rombongan dikir yang terdiri daripada pegawai juga kakitangan KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Atur cara dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah, diimamkan oleh Imam Masjid Ar-Rahim, Awang Haji Kamaluddin bin Haji Abdul Rahman, diikuti dengan bacaan Dikir Syarafil Anam oleh warga KKBS juga para jemaah masjid.

Acara seterusnya diikuti dengan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah, diimamkan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Ar-Rahim, diikuti dengan Penyampaian Wakaf yang disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan selaku Ketua Rombongan KKBS.

Majlis berdikir merupakan aktiviti keagamaan yang dianjurkan KKBS setiap tahun, bagi tujuan perpaduan juga kekeluargaan warga KKBS dan Jabatan-jabatan di bawahnya juga sebagai usaha berterusan untuk melibatkan para belia bersama masyarakat dalam sama-sama menyemarakkan Sambutan Maulidur Rasul, seterusnya menanam perasaan cinta kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

061119-Zikir Maulud Masjid kg Bukit Panggal, Tutong (11).jpg

061119-Zikir Maulud Masjid kg Bukit Panggal, Tutong (7).jpg

061119-Zikir Maulud Masjid kg Bukit Panggal, Tutong (12).jpg

Attachments
Created at 11/7/2019 10:09 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 11/7/2019 1:52 PM by Lee Chin Foo