Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
MANGSA BANJIR MUKIM LUMAPAS TERIMA BANTUAN

DSC_6388.jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Gambar: Hajah Ajijah Ali - KKBS

MUKIM LUMAPAS, Khamis, 21 Disember 2017 - Kejadian hujan lebat pada Rabu, 20 Disember telah mengakibatkan kejadian banjir kilat di kawasan-kawasan rendah di negara ini. 

Antara kawasan yang teruk terjejas ialah Kampung Lumapas 'B', Mukim Lumapas di Daerah Brunei dan Muara. 

Sehubungan itu, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof membuat lawatan ke kawasan-kawasan yang terjejas di Kampung Lumapas 'B', daerah ini bagi meninjau lebih dekat rumahrumah yang terjejas. 

Dalam masa yang sama, lawatan berkenaan adalah juga sejajar dengan usaha Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk memeduli kebajikan dan kesejahteraan sosial masyarakat terutama semasa menghadapi musibah seperti ini.

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) pada peringkat ini telah memberikan bantuan berbentuk catuan makanan (beras dan makanan kering) kepada para mangsa yang disampaikan oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan KKBS, Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin dan Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim; Ketua Kampung Lumapas, Awang Haji Chuchu bin Haji Serudin serta pegawai yang mewakili Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC), Negara Brunei Darussalam. 

Rombongan Yang Berhormat turut disertai oleh Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, Dayang Mirany Floridzah binti Abdul Rahman; pegawai-pegawai kanan KKBS, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Jabatan Daerah Brunei dan Muara dan NDMC serta para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung dari kawasan yang terjejas.

Attachments
Created at 12/26/2017 11:39 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 12/26/2017 11:41 AM by Lee Chin Foo