Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
CBW 2019 BANTU PROMOSI NBD SEBAGAI STARTEGI DESTINASI PELANCONGAN

301119-BIKE WEEK (7).jpg

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad - Penerangan

Foto: Pg Suhaimin bin Pg Hj Othman - KKBS

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 30 November 2019 - Capital Bike Week (CBW) 2019 yang berlangsung selama tiga hari bermula kelmarin hingga 1 Disember 2019, dirasmikan di Pusat Belia, di ibu negara.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud.

301119-BIKE WEEK (8).jpg

Terlebih dahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat, diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Dipertua Veteran Motorcycle Club (VMC), Awang Mu'adz bin Haji Abdul Hamid.

Dalam ucapannya, beliau antara lain menyatakan, dengan adanya penglibatan para peserta yang mempunyai minat yang sama dapatlah berkongsi, sekali gus mengembangluaskan lagi pengalaman kelab masing-masing dalam penjelajahan dan menikmati alam sekitar, selain memperkenalkan budaya Negara Brunei Darussalam (NBD) ke mata dunia bagi membangun dan menuju melengkapkan Wawasan 2035.

Acara CBW 2019 ini, jelasnya adalah untuk mempromosi Kawasan Dermaga Diraja, iaitu tapak utama acara CBW diadakan, termasuk memperlihatkan pemandangan legenda Kampong Ayer yang tersergam indah, juga Jambatan Pengiran Isteri Anak Saleha sebagai Strategi Destinasi Pelancongan NBD ke mata dunia antarabangsa.

''Para bikers dari luar negara terutamanya, akan berpeluang menunggang motosikal sambil melancong kerana akan diadakan beberapa aktiviti lawatan ke tempat-tempat menarik di NBD seperti Kampong Ayer dan Istana Nurul Iman,'' ujarnya.

Acara kemudian diteruskan dengan Perasmian CBW 2019 oleh tetamu kehormat, diikuti dengan Penyampaian Hadiah-hadiah kepada para Pemenang Pertandingan Motosikal yang dipertandingkan.

Acara kemuncak ialah Penyampaian Momento di antara Kelab-kelab Motosikal yang menyertai CBW 2019.

CBW 2019 adalah anjuran Zol Entertainment dengan kerjasama VMC dan disokong oleh KKBS; Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan; dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

301119-BIKE WEEK (3).jpg

301119-BIKE WEEK (1).jpg

Attachments
Created at 12/2/2019 9:45 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 12/2/2019 10:27 AM by Lee Chin Foo