Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
LEBIH 300 BELIA SERTAI PKBN KE-9

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Berita dan Foto : Muhammad Akmal Haji Ali - Penerangan

 

TEMBURONG, Ahad, 1 Disember 2019 -  Seramai lebih 300 orang belia dari keempat-empat daerah   menghadiri Sesi Pendaftaran Pelatih Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) bagi pengambilannya yang ke-9, bertempat di Kem Latihan Program Khidmat Bakti Negara , Batu Apoi Temburong.

011219 pendaftaran pkbn (3).jpg

Mereka yang terpilih menyertai program kali ini di hantar ke kem latihan oleh ibu-bapa serta ahli keluarga masing-masing dan merupakan belia yang berumur di antara 16 hingga 21 tahun, di mana kebanyakannya terdiri dari penuntut-penuntut sekolah yang sedang menunggu keputusan Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa (GCE 'O' Level) dan Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Lanjutan (GCE 'A' Level) serta selebihnya yang sudah menamatkan persekolahan.

Setelah sesi pendaftaran hari ini, para belia akan mulai menjalani latihan di Kem Latihan Program Khidmat Bakti Negara, Batu Apoi selama tiga bulan.

Hadir pada Sesi Pendaftaran PKBN Ke-9, Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud.

011219 pendaftaran pkbn (2).jpg

Ibu bapa dan penjaga serta ahli keluarga para belia ini berharap, biarpun terpaksa berpisah dengan anak kesayangan dalam jangka masa yang lama, namun percaya program ini akan dapat memberikan banyak manfaat kepada anak-anak serta bakal pelatih lainnya.

Dalam pada itu, sepanjang latihan, mereka akan mengikuti pelbagai aktiviti yang mencabar dan lasak menjurus kepada konsep berpasukan serta didedahkan kepada aspek kehidupan bermasyarakat, di samping menanamkan semangat jati diri dan membantu belia memperkembangkan kualiti peribadi seperti beriltizam, berani, cekal dan berkeyakinan.

Belia yang bercita-cita untuk menceburi bidang ketenteraan, bertekad untuk mencapai cita-citanya dengan mengambil peluang mempersiapkan dirinya dari segi disiplin diri yang tinggi serta meningkatkan kekuatan mental dan fizikal menerusi program-program latihan lasak yang akan dijalankan sepanjang berada di Kem Latihan PKBN.

Jumlah penyertaan yang di terima adalah meningkat setiap tahun.

Pelatih PKBN Pengambilan Ke-9 kali ini menggunakan sepenuhnya Kem Latihan PKBN, Batu Apoi  bagi pengendalian dan pelaksanaan latihan program.

011219 pendaftaran pkbn (10).jpg

011219 pendaftaran pkbn (1).jpg

Pembinaan bangunan Kem Latihan PKBN yang berkonsepkan mesra alam mengandungi lima blok bangunan yang terdiri daripada Blok Pentadbiran, Blok Pusat Perubatan dan Asrama Pelatih Perempuan, Blok Asrama Staff Wanita, Blok Surau, Dewan Makan, Bilik Kuliah, Dewan Serbaguna dan Stor serta Asrama Pelatih Lelaki dan Blok Asrama Staff Lelaki.

Attachments
Created at 12/2/2019 10:35 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 12/3/2019 10:18 AM by Lee Chin Foo