Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PELANCARAN 'TEBUANMAN' KOMIK TEMPATAN PERTAMA

​[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad - Penerangan

Foto: Pg Suhaimi bin Pg Hj Othman - KKBS


BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 14 Disember 2019 - 'Tebuanman' adalah sebuah buku komik superhero pertama di Brunei hasil kartunis Adi Farhan dan Khai Anwar yang telah dilancarkan hari ini bertempat di The Coffeebean & Tea Leaf, Onecity Shopping Centre.

141219-Pelancaran Buku Komik TEBUANMAN (5).JPG

Hadir di majlis pelancaran tersebut, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Karakter kartun bagi komik 'Tebuanman'  merupakan ilham daripada ikon pasukan bola sepak Brunei yang dahulunya telah berjaya meraih johan di Liga Malaysia 1999.

141219-Pelancaran Buku Komik TEBUANMAN (3).JPG

'Tebuanman' adalah komik pertama terbitan AD Comics yang bertujuan untuk menerbitkan buku komik tempatan dengan kelebihan antarabangsa.

Pelancaran komik ditaja oleh Progresif Cellular Sendirian Berhad (PCSB) yang turut memuatkan beberapa aktiviti seperti pertandingan melukis dan mewarna sketch 'Tebuanman'.

Hadiah-hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Dengan adanya pelancaran komik tempatan yang pertama ini, ia diharap akan menjadi platform kepada penulis dan artis tempatan untuk mencipta cerita mereka sendiri dan menerbitkan apa yang telah mereka lakarkan.

Turut hadir, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebeliaan dan Kesukanan) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said.

141219-Pelancaran Buku Komik TEBUANMAN (7).JPG

Attachments
Created at 12/16/2019 9:41 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 12/16/2019 12:15 PM by Lee Chin Foo