Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
HARGAI NILAI BUDAYA WARISAN MELALUI SENI MUZIK

141219-Festival Kebudayaan III 2019- (2).JPG

[Sumber: Pelita Brunei]‚Äč

Berita: Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad - Penerangan

Foto: Pg Suhaimi bin Pg Hj Othman - KKBS


BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 14 Disember 2019 - Pengukuhan identiti bangsa adalah teras kepada sektor kebudayaan yang mempunyai elemen mendidik untuk memberi kefahaman warisan budaya dalam pembangunan negara dan bangsa.

Ekspresi budaya puak etnik seperti makan tahun, memucang-mucang, bediandangan dan sebagainya adalah manifestasi jati diri bangsa kita sebagai Orang Brunei yang kaya dengan adat, budi bahasa dan tatasusila luhur yang berlandaskan kepada falsafah Melayu Islam Beraja.

Inilah keunikan warisan budaya turun temurun kita yang hendaklah diperkukuhkan setiap masa kerana disinilah kekuatan setiap puak etnik Negara Brunei Darussalam sebagai satu bangsa bersepadu yang membanggakan identiti kita tersendiri.

141219-Festival Kebudayaan III 2019- (5).JPG

141219-Festival Kebudayaan III 2019- (1).JPG

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin menggariskan perkara tersebut semasa Majlis Perasmian Festival Kebudayaan III: Alat-Alat Muzik Tujuh puak di Negara Brunei Darussalam yang diadakan di Ruang Legar, Onecity Shopping Centre, petang tadi.

141219-Festival Kebudayaan III.1.jpg

141219-Festival Kebudayaan III.2.jpg

Pengendalian Festival Kebudayaan itu menurutnya, menambahkan lagi platform secara whole of nation untuk terus memartabatkan, memelihara dan memajukan lagi nilai budaya tujuh puak di Negara Brunei Darussalam agar ia sentiasa dipertahankan oleh generasi kini dan seterusnya.

141219-Festival Kebudayaan III 2019- (6).JPG

141219-Festival Kebudayaan III 2019- (3).JPG

Menurut Yang Berhormat, Festival Kebudayaan Ketiga itu tertumpu kepada Alat-Alat Muzik Tujuh Puak di Negara Brunei Darussalam yang mana alat-alat muzik turut mempunyai nilai kepentingan sebagai ekspresi budaya aestetik dan simbolik yang tangible dari segi peralatan muzik itu sendiri, mahupun intangible dari aspek alunan lagu dan muzik turun temurun.

"Amatlah penting bagi usaha memperkukuh muzik puak etnik untuk bermula dalam masyarakat itu sendiri, terutamanya di kalangan belia. Dari festival ini juga peluang keemasan untuk memanfaatkan kaedah terkini bagi meningkatkan lagi kesedaran dan penghayatan masyarakat terhadap muzik puak-puak etnik seperti penggunaan music technology, alat muzik baru dan platform untuk menyebarkan keindahannya".

"Disinilah sifat muzik yang dinamik dan sensitif kepada keadaan semasa. Walau bagaimanapun, apa yang pasti kekal ialah elemen keasliannya yang perlu dipelihara dan diteruskan zaman berzaman," jelasnya.

141219-Festival Kebudayaan III 2019.9.JPG

141219-Festival Kebudayaan III 2019.11.JPG

Pada masa yang sama tambah Yang Berhormat, penghayatan muzik juga perlu dilihat dalam konteks pemeliharaan khazanah budaya yang lain seperti pertuturan bahasa dan sastera yang menjadi jiwa nurani bangsa Brunei yang berpegang teguh kepada konsep Melayu Islam Beraja.

Yang Berhormat menegaskan pemeliharaan muzik adalah penting sebagai ekspresi aestetik dan simbolik hendaklah diimbangkan dengan kepelbagaian elemen budaya yang sama-sama memainkan peranan dalam membina imej dan jati diri bangsa kerana semua elemen ini mencerminkan keharmonian dan perpaduan bangsa di samping sentiasa mengutamakan ajaran Agama Islam sebagai agama rasmi negara dan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.

141219-Festival Kebudayaan III 2019.10.JPG

141219-Festival Kebudayaan III 2019.8.JPG

141219-Festival Kebudayaan III 2019.7.JPG

Yang Berhormat amat yakin usaha berterusan untuk memartabatkan setiap elemen budaya warisan akan memberikan nilai tambah ke arah evolusi dan usaha mempertahankan lagi budaya sebagai teras identiti orang Brunei.

Festival Kebudayaan yang diadakan selama dua hari itu dihasrat dapat menjadi impak dan kesan dalam jangka masa yang panjang untuk menarik jumlah pengunjung yang signifikan untuk sama-sama menghargai nilai budaya warisan yang amat dicintai melalui seni muzik.

Attachments
Created at 12/16/2019 9:54 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 12/16/2019 12:04 PM by Lee Chin Foo