Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PENGAJUR PR2B DIRAIKAN DI MALAM GALA

‚Äč141219-Pesta RODA2 (4).JPG

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Khartini Hamir - Penerangan

Foto: Pg Suhaimi bin Pg Hj Othman - KKBS

 

BERIBI, Sabtu, 14 Disember 2019 - Pesta Roda-Roda Brunei 2019 (PR2B) dihasrat akan dapat mendidik dan membawa komuniti bersama-sama ke arah hobi dan aktiviti-aktiviti sihat, terutama sekali yang berkaitan dengan kesedaran alam sekitar.

Ia merupakan anjuran bersama, Mortar Events, AdXpert Marketing, Nanet Enterprise dan Wings Motor Gang Society (B) yang mengumpulkan para peminat motosikal dan kereta sebagai komuniti untuk menghargai dan meraikan segala sesuatu yang berkaitan dengan kenderaan.

Pesta tersebut juga turut disokong oleh Lembaga Pelancongan Brunei sempena Brunei December Festival (BDF) 2019, yang antara lain bertujuan untuk menyokong dan mengambil perhatian mengenai budaya Brunei, tradisi dan perhotelan, di samping menjana minat dari dalam dan luar negara.

Sehubungan itu bagi menghargai hasil usaha pihak-pihak berkenaan dengan mengeratkan lagi jalinan hubungan silaturahim,  telah  diadakan Malam Gala PR2B 2019 yang mengambil tempat di Wafa Hotel and Apartment, Kompleks Annajat, di sini.

141219-Pesta RODA2 (5).JPG

Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Malam gala tersebut turut diserikan dengan pelbagai persembahan menarik antaranya persembahan kebudayaan dari Kumpulan Daya Kreasi Seni (DKS), selain turut diselajurkan dengan pertukaran cenderamata antara PR2B dengan kelab-kelab motosikal.

141219-Pesta RODA2 (1).JPG

141219-Pesta RODA-RODA.infofoto.2.jpg

PR2B 2019 yang dilancarkan di Kawasan Letak Kereta Stadium Negara Hassanal Bolkiah dan sekitarnya, dianjurkan selama tiga hari bermula pada 13 Disember yang lalu  hingga 15 Disember 2019.

Attachments
Created at 12/16/2019 10:04 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 12/16/2019 1:17 PM by Lee Chin Foo