Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
BERKHIDMAT PADA MASYARAKAT

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin - Penerangan

Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin - Ihsan Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam

 

BERAKAS, Ahad, 15 Disember 2019 - Projek Pembangunan Komuniti Mampan Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD) pagi tadi diadakan bersempena dengan Hari Sukarelawan Sedunia dan Kempen Day of Action 2019 di Ibu Pejabat PPPBD, Berakas, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya melancarkan majlis tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Juga hadir, Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam, Dayang Hajah Siti Hafsah binti Haji Abdul Halim; Timbalan Ketua Pesuruhjaya PPPBD, Dayang Hajah Viviyanti binti Haji Aji; serta Penolong-penolong Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam, Pesuruhjaya-pesuruhjaya PPPBD dan Ahli-ahli PPPBD.

Ini merupakan kali keempat penyertaan PPPBD dalam Kempen 'Day of Action' yang antara lain bertujuan untuk meningkatkan kesedaran umum mengenai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), selain mengangkat dan mempromosi kepentingan sikap Belajar, Bertindak dan Berkongsi yang juga merupakan tema bagi Projek Pembangunan Masyarakat Mampan PPPBD.

Ia bertujuan untuk mendedahkan ahli-ahli pada budaya berkhidmat untuk masyarakat secara sukarela dan memantapkan sifat jati diri, disiplin dan semangat kerja berpasukan.

151219-Day of Action.infofoto.3.jpg

151219-Day of Action.infofoto.2.jpg

Projek Pembangunan Masyarakat Mampan ini merupakan satu projek berpanjangan dan bahagian kedua atau kesinambungan kepada Projek Pembangunan dan Perkembangan PPPBD yang telah dilancarkan pada tahun 2009.

Sebelum ini, bahagian pertama projek tertumpu pada perlaksanaan projek-projek berskala kecil, program-program atau kegiatan-kegiatan yang menyokong dan berkaitan dengan Matlamat Pembangunan Milenium (MDG).

Bahagian kedua projek ini pula akan memfokuskan pada perlaksanaan projek-projek, program-program atau kegiatan-kegiatan yang menyokong SDG dan akan bermula sepenuhnya pada tahun 2020.

Atur cara antara lain diisikan dengan pameran projek-projek MDGs yang  dijalankan oleh PPPBD dan projek-projek yang dirancang oleh PPPBD untuk menyokong SDG; pameran 'Dollar$ and $ense' yang menunjukkan produk-produk yang dihasilkan dari hasil-hasil organik kebun buah-buahan dan sayur-sayuran PPPBD bagi membantu dalam menambah tabung PPPBD bagi menjalankan pelbagai kegiatan kepanduan; dan kegiatan penanaman pokok 'Sebatang Pokok Sebuah Legasi' oleh ahli-ahli PPPBD dan badan-badan bukan kerajaan yang merupakan rakan strategik PPPBD.

151219-Day of Action.infofoto.1.jpg

Attachments
Created at 12/16/2019 10:15 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 12/16/2019 2:02 PM by Lee Chin Foo