Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
MUKIM SABA UNGGULI KEJOHANAN LUMBA PERAHU SERI TANJUNG

151219-Lumba Perahu Sg Bunga (28).JPG

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi - Penerangan

Foto: Pg Suhaimi bin Pg Hj Othman - KKBS

 

SUNGAI BUNGA, Ahad, 15 Disember 2019 - Kayuhan dan dayungan pengayuh pasukan Mukim Saba membuktikan kejaguhan mereka di perairan sehingga memintas tujuh pasukan lain dalam Kategori 30 Pekayuh Marathon pada Kejohanan Lumba Perahu Seri Tanjung 2019 hari ini.

Naib juara disandang oleh pasukan Lela Cheteria dan pasukan PTB menduduki tempat ketiga.

Pada kejohanan yang berlangsung di Perairan Kampung Sungai Bunga, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin berkesempatan menyertai lumba kayuh dalam Kategori 10 Pekayuh Khas bersama Penghulu dan Ketua-ketua Kampung.

151219-Lumba Perahu Sg Bunga (44).JPG

Pasukan yang diterajui Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menduduki di tempat kedua meskipun demikian penyertaannya mencerminkan hubungan erat seorang pemimpin bersama masyarakat.

151219-Lumba Perahu Sg Bunga (4).JPG

151219-Lumba Perahu Sg Bunga (13).JPG

Pasukan Mukim Saba turut merangkul kejuaraan bagi Kategori 20 Pekayuh diikuti Pasukan Polis Draja Brunei dan PTB, masing-masing memenangi di tempat kedua dan ketiga.

151219-Lumba Perahu Sg Bunga (37).JPG

151219-Lumba Perahu Sg Bunga (2).JPG

151219-Lumba Perahu Sg Bunga (38).JPG

Kejohanan sehari anjuran Majlis Perundingan Kampung Sungai Bunga dan disokong oleh Jabatan Daerah Brunei dan Muara itu juga mempertandingkan Lumba Bot Laju dan Lumba Perahu Bidar serta pameran jualan hasil produk penduduk kampung tersebut.

Turut hadir, Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud.

151219-Lumba Perahu Sg Bunga (14).JPG

151219-Lumba Perahu Sg Bunga (21).JPG

151219-Lumba Perahu Sg Bunga (26).JPG

Attachments
Created at 12/16/2019 10:58 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 12/16/2019 2:02 PM by Lee Chin Foo