Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
DRUM & PERCUSSION FESTIVAL CERIAKAN BDF 2019

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Khartini Hamir - Penerangan

Foto: Pg Suhaimi bin Pg Hj Othman - KKBS

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 15 Disember 2019 - Bagi memeriahkan lagi Brunei December Festival (BDF) 2019, Dewan Riadah, Pusat Belia di ibu negara malam tadi menjadi tumpuan orang ramai yang datang berkunjung bagi menyaksikan Drum & Percussions Festival 2019 yang buat julung kalinya diadakan.

Penganjuran festival berkenaan antara lain bertujuan untuk meningkatkan rasa minat dan daya saing para peserta dalam bermain dram mengikut kredibiliti dan kreativiti masing-masing.

151219-Drums and Percussions.Pusat Belia (4).JPG

Festival yang dikelolakan bersama KaMaloko Entertaiment Group melalui Hunderd Beats Brunei dan kolaborasi bersama Jerudong Park Country Club dan Progresif Cellular itu mengetengahkan empat kategori persembahan iaitu Kategori Professional Drummer; Semi-Professional; Kategori Junior (10 - 15 Tahun); dan Kategori Terbuka.

Bagi Professional Drummer, kategori dibukakan kepada pemain dram yang telah menamatkan kelas profesional mereka dan memperoleh sijil, diploma, ijazah dan sebarang kelayakan yang serupa.

151219-Drums and Percussions.Pusat Belia (6).JPG

151219-Drums and Percussions.Pusat Belia (8).JPG

Sementara bagi Semi-Professional, kategori tersebut dibukakan kepada para peserta yang telah bermain dram dalam sesebuah kumpulan dan sebagai individu untuk sekurang-kurangnya tiga tahun dan masih aktif.

Bagi Kategori Junior pula, mensyaratkan kepada para peserta yang berumur antara 10 - 15 tahun, namun jika melebihi usia maka peserta akan berada dalam dua kategori lain.

Manakala bagi Kategori Terbuka pula, khusus bagi orang ramai yang ingin mencuba sebagai peserta, di mana kategori ini terbuka untuk sebarang umur dan pengalaman kecuali dinyatakan dalam kategori yang berlainan.

Hadir selaku tetamu kehormat menyaksikan festival tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

151219-Drums and Percussions.Pusat Belia (2).JPG

151219-Drums and Percussions.Pusat Belia (12).JPG

151219-Drums and Percussions.Pusat Belia (9).JPG

Juga hadir sama, Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Pengiran Haji Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan serta Pegawai-pegawai Kanan dari Jabatan Belia dan Sukan dan pihak penganjur.

151219-Drums and Percussions.Pusat Belia (1).JPG

Attachments
Created at 12/16/2019 11:07 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 12/16/2019 2:34 PM by Lee Chin Foo