Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
KESUKARELAWANAN DIAMALKAN, HINDARI DADAH

DOA_01.jpg

Sumber:

Berita dan Foto : Marlinawaty Hussin - Penerangan



BERAKAS, Khamis, 26 Disember. - Persatuan Basmi Dadah Negara Brunei Darussalam (BASMIDA) menganjurkan Projek Lanskap dan Penanaman Pokok Buah-buahan bersempena Day Of Action (DOA) 2019 bertemakan 'Menyemai Bakti Sukarelawan' di Rumah BASMIDA, Kampung Anggerek Desa, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat, Timbalan Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Dayang Saidah binti Haji Wahid.

Yang Di-Pertua Persatuan BASMIDA, Datin Hajah Masni binti Haji Mohd. Ali berkata, projek itu adalah sebagai sumbangan BASMIDA kepada DOA yang dianjurkan KKBS sempena Sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa yang diraikan setiap tahun pada 5 Disember.

"Projek ini melibatkan seramai 20 orang Rakan BASMIDA dan 10 orang Belia BASMIDA, selain daripada penyertaan Ahli-ahli Jawatankuasa dan Ahli-ahli BASMIDA yang lain," ujar beliau ketika berucap.

Sementara itu, Pengerusi Bersama Projek DOA 2019 Persatuan BASMIDA, Dayang Hajah Linda Aini binti Abdullah berkata, antara objektif projek DOA anjuran BASMIDA adalah untuk memberikan kesedaran betapa pentingnya semua golongan masyarakat termasuk para belia dan ibu bapa untuk melibatkan diri dalam kerja sukarelawan demi untuk menghindarkan diri daripada bahaya ancaman dadah yang kita hadapi pada masa ini.

Selain itu jelasnya, projek itu juga, antara lain bertujuan bagi memfokuskan mengenai nilai-nilai kemanusiaan yang perlu disemarakkan dalam kalangan Rakan dan Belia BASMIDA juga memperkenalkan dan mengamalkan erti kesukarelawanan juga kerjasama dalam satu kumpulan kerja demi untuk mengeratkan tali silaturahim.

Majlis diteruskan dengan acara penanaman pokok buah lemon oleh tetamu kehormat, disusuli dengan kerja-kerja penanaman bunga-bungaan dan landskap oleh Rakan-rakan, Belia-belia dan Ahli-ahli BASMIDA.

Attachments
Created at 12/28/2019 12:05 PM by Ak Hussni Bin Pg Hassan
Last modified at 12/28/2019 3:15 PM by Ak Hussni Bin Pg Hassan