Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PESTA BACK TO SCHOOL SEDIA PERSIAPAN PERSEKOLAHAN

Back to School 2019_01.jpg

Sumber

Berita:Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad - Penerangan

Foto : Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman - Penerangan



GADONG, Khamis, 26 Disember. - Dalam usaha membantu keperluan persiapan persekolahan tahun 2020 kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan juga menambah dana Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM), Inspireworks Sendirian Berhad menganjurkan Pesta Back to School, di pusat membeli belah, The Mall Gadong.

Pesta Back to School yang berlangsung selama lima hari tersebut, bermula kelmarin dengan menampilkan vendor-vendor tempatan yang menjual variasi barangan daripada peralatan sekolah, elektronik dan banyak lagi bagi memudahkan para ibu bapa juga pengunjung membeli peralatan persekolahan lebih-lebih lagi menjelangnya musim persekolahan yang bakal tiba tidak lama lagi.

Hadir selaku tetamu kehormat, merasmikan Pesta Back to School, Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengiran Haji Mohd. Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan.

Terlebih dahulu, dalam ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Inspireworks Sedirian Berhad, Mohd. Burhanudeen bin Abdul Jaleel selaku penganjur bagi pesta pada kali ini, antara lain menjelaskan bahawa pesta berkenaan merupakan salah satu peluang bagi para pengunjung untuk mendapatkan barang-barang keperluan dan kelengkapan persekolahan anak-anak mereka juga pada masa yang sama untuk membantu golongan yang memerlukan.

Selain itu, beliau turut memberitahu bahawa para pelanggan turut berpeluang mendapatkan hadiah-hadiah menarik melalui cabutan bertuah yang akan diadakan pada hari terakhir pesta tersebut nanti.

Majlis perasmian turut dimeriahkan dengan Persembahan Orkestra Tradisional Guling Tangan dan penampilan kostum animasi kegemaran kanak-kanak.

Selain itu, tetamu kehormat juga berpeluang melawat ke petak-petak jualan yang terdapat di sana.

‚Äč

Attachments
Created at 12/28/2019 12:11 PM by Ak Hussni Bin Pg Hassan
Last modified at 12/28/2019 3:15 PM by Ak Hussni Bin Pg Hassan