Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
MANGSA-MANGSA BANJIR DAN KEBAKARAN MENDAPAT PERHATIAN

Bantuan Banjir_281219.jpg

Sumber:

Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Pembangunan Masyarakat


BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 28 Disember-  Majlis penyerahan bantuan kewangan kerajaan kepada mangsa kebakaran 1 Disember 2019 dan mangsa-mangsa yang terlibat dalam kejadian banjir yang berlaku di beberapa buah kampung di Daerah Brunei dan Muara pada 1 Oktober 2019 telah menerima bantuan kewangan kerajaan daripada Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS). Majlis berlangsung di Bilik Mesyuarat At-Taufik, KKBS.

Sejumlah BND10,750.00 disumbangkan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), KKBS kepada 20 orang ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran dan banjir.

Hadir bagi menyampaikan bantuan tersebut ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Md. Isham bin Haji Jaafar selaku Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Turut hadir ke majlis ini ialah Setiausaha Tetap KKBS,  Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan; Timbalan Setiausaha Tetap KKBS, Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah serta pegawai-pegawai kanan di KKBS dan Jabatan Pembangunan Masyarakat.

Pemberian bantuan dari segi kewangan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu meringankan kesusahan yang dialami oleh mangsa bagi meneruskan kehidupan seharian. Usaha ini menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.


Attachments
Created at 12/30/2019 10:56 AM by Ak Hussni Bin Pg Hassan
Last modified at 12/30/2019 11:10 AM by Ak Hussni Bin Pg Hassan