Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
GEMA IRAMA DEDAHKAN SENI KREATIF BRUNEI

281219_GemaIrama_01.jpg

Sumber:


Berita : Haniza Abdul Latif - Penerangan

Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman - Penerangan

 

JERUDONG, Sabtu, 28 Disember. - Gema Irama merupakan salah satu platform bagi mendedahkan persembahan dan pameran seni keusahawanan belia tempatan kepada masyarakat umumnya serta golongan sasaran yang dapat membangkitkan kesedaran wujudnya belia yang berkebolehan dan kemahiran dalam pelbagai bidang seni.

Sehubungan itu, Persembahan Gema Irama 2019 berlangsung malam tadi bertempat di Bridex Hall 1, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat, Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet), Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud.

Pada tahun ini, Gema Irama menampilkan barisan artis dan bakat-bakat baharu belia seni yang pernah menjadi juara dalam pertandingan-pertandingan yang mana mereka ini memiliki jiwa kreatif yang juga merupakan salah satu produk untuk menarik perhatian pelancong.

Melalui acara tersebut, ia membuka peluang kepada peserta untuk saling mengenali serta memahami rentak kerja rakan-rakan sekali gus mempromosi kerja seni belia serta memberikan pendedahan kepada golongan sasaran tentang keunikan seni orang Brunei yang mereka miliki.

Selain itu, ia juga untuk memupuk minat dalam kalangan golongan sasaran akan seni irama tradisi dan moden kerana belia masa kini lebih cenderung ke arah seni moden.

Sepanjang Festival Seni, pelbagai 'booth' seni kreatif diadakan yang antaranya menampilkan usahawan-usahawan termasuk Brunei Reenactment Group, Art Haleeza, Kilat Photography, Persatuan KIKIK, Say Cheese Photobooth dan banyak lagi.

Para belia yang berminat untuk menjadi ahli seni adalah dialu-alukan untuk berkunjung ke festival tersebut kerana ada disediakan kelas-kelas seperti tarian, belajar Yo-yo, kraf tangan, bengkel lukisan digital, belajar puisi dan seumpamanya.

‚Äč

Attachments
Created at 12/30/2019 11:20 AM by Ak Hussni Bin Pg Hassan
Last modified at 12/30/2019 11:20 AM by Ak Hussni Bin Pg Hassan